Jika Kelantan menjuarai Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini, mungkin Austin Amutu adalah pemain yang menjadi penentunya.
Begitulah harapan setiap penyokong setia The Red Warriors (TRW) berdasarkan persembahan berbisa pemain berusia 23 tahun dari Nigeria itu yang suatu ketika pernah diintai oleh kelab ternama Liga Perdana Inggeris iaitu Arsenal.
Ketua jurulatih Kelantan Mohd Azraai Khor Abdullah pula pasti mengharapkan agar Amutu cergas sepenuhnya daripada kecederaan hamstring apabila Kelantan beraksi pada perlawanan akhir Piala FA menentang Lions XII dari Singapura.
Sementara itu, Amutu ketika dihubungi berkata beliau bertekad untuk menjaringkan seberapa banyak gol yang mungkin dan mahu menjulang Piala FA bersama TRW tahun ini.
"Saya mahu menjaringkan banyak gol untuk Kelantan jika saya diturunkan esok, saya mahu menampilkan aksi terbaik kepada penyokong," katanya.
Aksi garang Amutu menyerlah sejak penampilan sulungnya dalam saingan Liga Super ketika Kelantan menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) pada 18 April lepas, apabila beliau meledak gol pertama buat kelab barunya itu.
Sekali gus, gerakan lincah dan tendangan kencangnya membuka mata penganalisis serta peminat bola sepak di Malaysia kerana nyata pemain berkenaan merupakan seorang penyerang yang cukup berbisa.
Dua jaringan Amutu yang merupakan pemain bawah 23 tahun Nigeria pada minit ke-75 dan masa kecederaan babak kedua perlawanan separuh akhir kedua Piala FA menentang Pahang pada 16 Mei lepas, membolehkan Kelantan mara ke pentas final buat kali kelima dengan agregat 3-2.
Nyata, pelaburan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang setiap tahun bergelut mencari dana, berbaloi apabila Amutu mula memberi pulangan kepada TRW selepas mencipta beberapa kemenangan kepada pasukan itu.
Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa pada satu sidang media berkata KAFA tidak mampu membelanjakan lebih daripada USD200,000 setahun ke atas pemain ataupun jurulatih import yang diambil untuk berkhidmat dengan TRW.
TRW sebelum in dilaporkan terpaksa melepaskan beberapa pemain importnya yang mahukan kenaikan gaji ketika Kelantan terumbang-ambing dengan jumlah tajaan yang tidak menentu pada setiap tahun.
Legenda bola sepak Kelantan, Dali Omar, 69, pernah dilaporkan berkata bahawa Amutu merupakan seorang pemain yang bijak dalam merencanakan serangan dan berbahaya di hadapan gol.
Turut berkongsi harapan sama ialah pengurus Kelantan Azman Ibrahim yang berharap Amutu yang beraksi di jentera serangan, dapat beraksi pada perlawanan akhir itu memandangkan pemain itu merupakan senjata utama TRW.
Sekiranya Amutu cergas untuk beraksi, jurulatih Lions XII Fandi Ahmad sudah pasti mempunyai strategi untuk mengekang pemain lincah Nigeria itu.
Astro Arena
Sat May 23 2015
Jika Kelantan menjuarai Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini, mungkin Austin Amutu adalah pemain yang menjadi penentunya.
Penolong pegawai perubatan didenda RM3,000 terima rasuah urus jenazah
Seorang penolong pegawai perubatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh didenda RM3,000 kerana menerima rasuah berkaitan kerja pengurusan jenazah.
KBS laksana kajian impak penganjuran Sukan SEA 2027
Mesyuarat mengenai perkara itu masih berjalan dengan penglibatan pelbagai pihak bagi mengenal pasti kelebihan dan kekurangan.
19 individu ditahan dipercayai terbabit sindiket pelaburan palsu
Mereka terdiri daripada lapan lelaki dan tujuh wanita tempatan serta empat lelaki warga asing berusia antara 16 hingga 38 tahun.
[TERKINI] Selamatkan Gaza: Dialog dua Perdana Menteri di Mesyuarat Khas WEF Arab Saudi
Tiga PM iaitu PM Palestin, Jordan dan Mesir serta wakil PBB di Gaza duduk sepentas berdialog secara langsung mencari formula menyelamatkan Gaza yang menjadi pusat graviti kepada kestabilan rantau Asia Barat.
OCC: Masih banyak usaha perlu dibuat dalam isu hak kanak-kanak - Azalina
Malaysia masih ketinggalan berbanding negara lain dalam menangani isu penderaan dan masalah sosial melibatkan kanak-kanak.
Piala Asia B-23: Indonesia tekad roboh benteng kebal Uzbekistan
Bintang skuad Garuda Muda, Witan Sulaeman, teruja dengan peluang untuk melakar lebih banyak sejarah ketika membuat persiapan menghadapi aksi separuh akhir PIala Asia B-23 malam ini.
Airbus RACER helikopter terpantas dunia?
Ketika masih dikenali sebagai pesawat eksperimen X3, ia memegang rekod sebagai helikopter terpantas dengan kelajuan mencecah 472 km/j.
AWANI Ringkas: Letupan bom di Thailand | Hadapi dua pertuduhan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mesyuarat Khas WEF: Tekanan politik dalaman punca Israel ‘menggila’ - PM Jordan, Mesir
Kedua-dua perdana menteri negara Asia Barat itu setuju serangan ketenteraan di Rafah hanya akan memburukkan keadaan yang sudah sedia meruncing.
Tingkat kawalan di sempadan tangani kemasukan kambing, lembu murah menjelang Aidiladha
KPKM meminta jabatan dan agensi kerajaan berkaitan kawalan sempadan memperhebat penguatkuasaan serta kawalan di pintu masuk negara bagi menangani kemasukan kambing dan lembu murah menjelang Aidiladha.
Enam lagi laporan kes liwat pelajar
Polis tidak menolak kemungkinan beberapa lagi laporan polis akan dibuat oleh mangsa lain selepas seorang ustaz dicekup dipercayai meliwat tiga pelajar lelaki di sebuah pusat tahfiz di Machang.
Enakmen kawalan hiburan baharu, Kelantan yakin tidak bercanggah
Kerajaan Kelantan yakin proses penggubalan Enakmen Kawalan Hiburan baharu Kelantan yang akan dibentang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas ini tidak bercanggah dengan aturan sedia ada.
Keracunan makanan: KPM lakukan siasatan penuh
Kementerian Pendidikan (KPM) akan melakukan siasatan penuh dan terperinci berhubung kejadian lebih 70 pelajar di sebuah sekolah menengah di Kota Bharu mengalami keracunan makanan Sabtu lepas.
Jalan alternatif Kampung Kundur ke Bandar Lama Gua Musang ditutup - JKR
Jalan alternatif dari Kampung Kundur ke Bandar Lama Gua Musang (laluan D238) akan ditutup bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan Jambatan Kampung Kerinting yang baharu.
2 lelaki Myanmar ditahan terlibat sindiket pemalsuan slip kad UNHCR
JIM Kelantan menahan dua lelaki warga Myanmar disyaki terlibat sindiket mengeluarkan slip permohonan kad UNHCR.
Kelantan catat pertambahan ahli baharu PKR kedua tertinggi
Di sebalik 'gelombang hijau' di Pantai Timur, Kelantan muncul sebagai negeri kedua tertinggi yang mencatatkan jumlah pertambahan ahli baharu PKR tertinggi berdasarkan statistik pada 21 Mac lalu.
Kelantan beri kerjasama penuh jayakan sambutan Aidilfitri MADANI
Mohd Nassuruddin berkata satu mesyuarat bersama akan diadakan dalam masa terdekat bagi menentukan gerak kerja dan lokasi program berkenaan.
Kelantan hargai kesediaan kerajaan Persekutuan bantu tangani krisis air- MB
Kerajaan Kelantan menghargai kesediaan Kerajaan Persekutuan dalam membantu menangani krisis bekalan air di negeri ini.
Suspek kes tembak di KLIA pernah belajar di pondok
Suspek lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada Ahad pernah mengikuti pengajian di sebuah pondok di Repek, Pasir Mas.
Tiga laluan utama di Gua Musang dijangka sesak Jumaat ini - Polis
Tiga laluan itu adalah Jalan Kuala Krai-Gua Musang, Jalan Kuala Lipis-Gua Musang dan Jalan Jeli-Gua Musang.