awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala FA: Terengganu hantar surat bantahan rasmi kepada FAM

Bernama
Bernama
19/05/2015
00:20 MYT
Piala FA: Terengganu hantar surat bantahan rasmi kepada FAM
Perlawanan separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin itu bertukar menjadi kecoh apabila penyokong Terengganu merusuh kerana tidak berpuas hati dengan pengadil. - Gambar Fail
Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) telah menghantar surat bantahan rasmi berhubung aksi separuh akhir kedua Piala FA kepada Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, Ahad.
Presiden PBSNT Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid berkata pihaknya bersetuju dengan cadangan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman supaya menarik diri dari saingan Liga Malaysia seandainya wujud ketidakadilan dalam penilaian FAM pada perlawanan menentang Lions XII, Sabtu lepas.
"Kami sebenarnya akur dan bersetuju dengan kenyataan Menteri Besar kalau perkara ini dilihat ada sedikit penyelewengan, maka kami akan tarik diri daripada Liga Malaysia," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Eksekutif PBSNT, di sini pada Isnin.
Hadir sama Timbalan Presiden Marzuki Sulong dan Setiausaha Agung PBSNT Arpin Draman.
BACA: Rusuhan selepas gagal ke final
BACA: FAM perlu ambil tindakan tegas insiden rusuhan di Terengganu - Khairy
BACA: Ketua jurulatih Terengganu, Rahman pertikai tindakan pengadil
Menurut Wan Ahmad Nizam, pihaknya menyokong dan bersetuju dengan kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Khairy Jamaluddin supaya FAM mengkaji secara terpeinci mengenai insiden itu.
Perlawanan separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin itu bertukar menjadi kecoh apabila penyokong Terengganu merusuh kerana tidak berpuas hati dengan pengadil yang membatalkan jaringan gol keempat skuad Penyu.
Topic Berkaitan
#PBSNT
#surat bantahan rasmi
#terengganu
#Wan Ahmad Nizam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan