awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Malaysia: Cheng Hoe bangga, puji semangat juang Selangor

Astro Arena
Astro Arena
26/11/2022
22:00 MYT
Piala Malaysia: Cheng Hoe bangga, puji semangat juang Selangor
Cheng Hoe hadir sebagai ketua jurulatih Selangor yang baharu. - Astro ARENA
PENGENDALI Selangor, Datuk Tan Cheng Hoe, tetap berbangga dengan persembahan Selangor FC di sebalik kekalahan 2-1 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi final Piala Malaysia, malam tadi.
Cheng Hoe hadir sebagai ketua jurulatih Selangor yang baharu, menghadirkan aura yang cukup berbeza kepada pasukan apabila berjaya melangkah ke pentas final sementara memiliki rekod yang cemerlang setiap kali turun ke gelanggang.
Beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selangor berjaya mengejutkan JDT apabila mendahului menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Herlison Caion pada minit ke-45.
Pengalaman menjadi bekalan JDT apabila kerap kali turun ke pentas final, bangkit dengan dua jaringan daripada Bergson da Silva dan Fernando Forestieri sekaligus melengkapkan empat kejuaraan bagi musim ini.
Piala Malaysia: JDT muncul juara, atasi Selangor 2-1
Walaupun tewas, Cheng Hoe menjelaskan Selangor telah menghadirkan peningkatan daripada segi corak permainan dan berbangga dengan apa yang telah mereka pamerkan dalam perlawanan ini.
"Kami tewas kepada JDT berdasarkan pengalaman yang mereka miliki," kata Cheng Hoe.
"Kami tidak dibolosi jaringan pada separuh masa kedua dan menjejaskan momentum pasukan.
"Selangor telah bermain sebaik mungkin. Saya sangat berbangga dan jika diberikan peluang, kami mampu bermain dengan lebih baik."
"Jika kami berjaya tidak dibolosi di separuh masa pertama, mungkin keputusan mampu memihak kami. Namun selepas satu kesilapan yang dilakukan, kelebihan memihak pasukan lawan." - Astro ARENA
Topic Berkaitan
#Piala Malaysia
#Tan Cheng Hoe
#Selangor FC
#JDT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan