awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Malaysia: Gergasi Pantai Timur antara yang tercicir

Astro Arena
Astro Arena
04/11/2015
23:47 MYT
Piala Malaysia: Gergasi Pantai Timur antara yang tercicir
Pemain Johor Darul Ta'zim, Mohd Aidil Zaquan Adha Abd Razak (dua,kiri) diasak dua pemain pertahanan Kedah Shafizan Hashim (kiri) dan Liridon Krasniqi (tiga,kiri) pada perlawanan Piala Malaysia. - Foto Bernama
Lions XII, Kedah, Felda United dan PKNS FC memastikan tiket ke saingan suku akhir Piala Malaysia 2015, selepas JDT, Selangor dan Pahang lebih awal menjamin tempat ke peringkat seterusnya.
Dalam perlawanan melibatkan Terengganu dan Lions XII, penyokong di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin terlebih dahulu bersorak gembira selepas rembatan pemain muda, Dhiyaulrahman Mohamad Hasry menggegar jaring selepas memanfaatkan lorongan Norshahrul Idlan Talaha yang melakukan larian dari sebelah sayap kanan.
Tetapi kegembiraan mereka tidak bertahan lama apabila berselang dua minit kemudian, kelebihan itu dipadamkan oleh Sufian Anuar selepas bek kiri, Zubir Azmi gagal mengeluarkan bola hantaran silang dengan baik untuk kembali meletakkan kedudukan semasa seimbang.
Selepas itu, Lions XII lebih banyak mengawal permainan sehingga separuh masa pertama berakhir. Namun pada minit ke-62, perlawanan terpaksa dihentikan akibat air bertakung kerana hujan semakin lebat.
Selepas perlawanan kembali dilangsungkan, Christopher van Huizen meledakkan gol kemenangan Lions XII untuk memadamkan impian Terengganu. Kedah pula berjaya merebut tangga kedua selepas bangkit daripada ketinggalan untuk membenam Johor Darul Takzim II 4-2.
Dalam saingan Kumpulan C, Felda United mengiringi Selangor selepas mencipta kemenangan 3-2 ke atas juara Piala Malaysia sebanyak 32 kali itu, sekali gus mengecewakan Kelantan, biarpun mereka menewaskan T-Team 3-1.
PKNS FC mengungguli Kumpulan D apabila mudah menjinakkan PDRM 3-0, dan Pahang yang sekadar menurunkan barisan kedua mengakhiri permainan di Stadium Darul Makmur dengan keputusan 0-0.
Sarawak mencerahkan peluang mereka untuk ke suku akhir selepas mengikat ATM FA 2-2. Dengan keputusan itu skuad Ngap Sayot mengumpul tujuh mata manakala Tentera dengan enam mata.
Kedudukan peneraju Kumpulan B tidak tergugat sekalipun pasukan Johor Darul Takzim yang mencatat rekod kemenangan bersih setakat ini hanya akan turun beraksi menentang Perak pada Khamis.
Baki lagi dua perlawanan peringkat kumpulan akan diadakan pada 21 November depan.
Saingan suku akhir pertama akan berlangsung pada 24 November dan aksi timbal balik pada 28 haribulan.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Felda United
#JDT
#Kedah
#Lions Xii
#Pahang
#Piala Malaysia
#PKNS FC
#Selangor
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan