KUALA LUMPUR: Pertembungan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2021 antara Kuala Lumpur (KL) City FC dan Melaka United FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, Isnin ini akan berlangsung tanpa kehadiran penonton.
Ia sebagai hukuman terpaksa ditanggung KL City FC susulan insiden penyokong skuad The City Boys, menceroboh masuk ke dalam kawasan padang sejurus tamat aksi suku akhir kedua antara pasukan itu dan Selangor FC, pada Khamis, yang menyaksikan KL City FC mara ke separuh akhir dengan keputusan agregat 3-0.
Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) Stuart Ramalingam berkata insiden berkenaan jelas melanggar peraturan badan pengelola Liga Malaysia (Liga-M) itu, berkaitan prosedur operasi standard (SOP) Kemasukan Penonton Perlawanan Piala Malaysia dan Artikel 4.7.2 Manual Liga-M 2021.
Beliau berkata KL City FC sebagai pasukan tuan rumah didapati bersalah melanggar Bahagian 3 (v) SOP Kemasukan Penonton Perlawanan Piala Malaysia 2021, dengan penyokong dikehendaki mengamalkan penjarakan fizikal seperti termaktub dalam peraturan tersebut.
"Pihak MFL telah menerima surat balas dari KL City FC hari ini di mana Ahli Lembaga Pengarah MFL bersepakat memutuskan KL City FC dikenakan hukuman perlawanan tanpa penonton, untuk perlawanan separuh akhir pertama," katanya dalam kenyataan MFL, malam tadi.
Stuart berkata KL City FC juga bersetuju serta mengambil keputusan untuk tidak menjual tiket bagi aksi separuh akhir pertama tersebut.
Pada masa sama, nasib berbeza buat Terengganu FC (TFC) yang dikenakan hukuman lebih ringan, berhubung insiden pencerobohan penyokong ke dalam kawasan padang sewaktu bertemu Selangor FC pada aksi peringkat Kumpulan C di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), 7 Nov lepas.
Stuart berkata sekretariat MFL mendapati TFC melanggar Klausa 4.7.2(i) (f) (5) Peraturan Pertandingan dalam Manual Liga-M, yang menyatakan bahawa kelakuan penyokong atau penonton hendaklah tertib, selain turut gagal mematuhi peraturan penonton hendaklah mengekalkan penjarakan fizikal.
"Sekretariat MFL telah menerima laporan bahawa beberapa pemain TFC tidak mengekalkan penjarakan fizikal dengan penyokong dan telah berlari ke arah penyokong, untuk meraikan gol kedua TFC.
"Ahli Lembaga Pengarah MFL memutuskan TFC diberikan amaran keras dan dinasihatkan supaya tidak mengulangi perbuatan tersebut, bagi mengelak daripada dikenakan hukuman lebih berat," kata Stuart.
Pada perlawanan itu, beberapa penyokong TFC telah melompat pagar stadium dan belari ke arah padang untuk meraikan jaringan bersama pemain skuad Penyu itu, sekali gus mengundang risiko berlakunya penularan COVID-19 dalam kalangan penyokong dan pemain.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 19 2021
KL City FC terpaksa menanggung hukuman susulan insiden penyokong skuad The City Boys menceroboh masuk ke dalam kawasan padang dalam kejadian pada Khamis. - Stadium Astro
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Elak bergantung pada sumber lain, kukuhkan literasi kewangan
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Sosial, Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr Norma Mansor, pendidikan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat juga perlu ditingkatkan agar rakyat Malaysia lebih peka terhadap keperluan merancang kewangan mereka.
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Pasaran: FBM KLCI naik 14% sejak awal tahun ini
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkata beberapa pengumuman serta kemas kini projek semasa telah memberi kecenderungan positif kepada pasaran ketika ini.
FAM ibaratkan isu tunggakan gaji satu 'penyakit'
Jika masalah gaji tidak ditangani dengan baik, ia boleh menarik perhatian dan tindakan denda oleh FIFA pada masa depan.
Tunggakan gaji KL City: 'Bukan dua bulan, tapi lebih'
Kemelut tunggakan gaji melibatkan para pegawai dan pemain KL City FC yang dilaporkan selama dua bulan sebanyak RM2 juta sebenarnya lebih parah.
Liga Super: Nasib tidak berpihak kepada KL City, JDT cipta rekod 100 gol semusim
JDT mencipta sejarah menjadi kelab pertama menjaringkan 100 gol dalam satu musim Liga Super selepas membelasah Penang FC 8-0.
Terima kasih Kevin Ray Mendoza
Selepas tamat perlawanan, pihak pengurusan pasukan mengumumkan bahawa Kevin bakal meninggalkan kelab bagi menghadapi cabaran baharu.
Piala Malaysia: Morales beri kelebihan tipis buat KL City
Jaringan sepakan penalti dari Romel Morales, pada separuh masa kedua membantu KL City FC menang tipis 1-0 ke atas Sri Pahang FC.
Tidak beraksi pada tahap sebenar punca Perak tewas - Yusri Che Lah
Skuad terpaksa menyerap tekanan pasukan lawan dan keadaan itu menyaksikan banyak kesilapan dilakukan pemain.
Liga Super: KL City kutip mata penuh di Ipoh
Perak FC dibelasah 4-0 di tangan Kuala Lumpur (KL) City FC dalam saingan Liga Super di Stadium Perak.
KL City gagal kuasai derbi Lembah Klang
Selangor kekal menghuni tangga kedua dengan mengumpul 43 mata manakala KL City di tangga ketujuh dengan 28 mata.
Liga Super: KL City belasah Kelantan FC
Kuala Lumpur (KL) City memulakan era di bawah bimbingan Nenad Bacina dengan membelasah kelab tercorot Liga Super, Kelantan FC, 5-1 di Stadium KLFA, sebentar tadi.
Jurulatih datang dan pergi - Hodak
Hodak mengejutkan bola sepak tanahair apabila mengumumkan perletakan jawatan sebagai pengendali skuad warga kota pada Rabu.