awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Along Eyzendy meninggal dunia
Cristiano Ronaldo tidak beraksi bersama Al Nassr untuk perlawanan kedua berturut-turut
Hoe Yean raih emas 200m gaya bebas di MIAG
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Malaysia: Kuching City selangkah ke separuh akhir, tewaskan DPMM 3-1

Bernama
Bernama
07/02/2026
20:30 MYT
Piala Malaysia: Kuching City selangkah ke separuh akhir, tewaskan DPMM 3-1
Ramadhan Saifullah melengkapkan kemenangan Kuching City FC apabila menyumbat gol ketiga pada minit ke-83 untuk memastikan kemenangan 1-3 memihak pasukan pelawat. - Foto DPMM FC
KUALA LUMPUR: Kuching City FC membawa bekalan selesa menjelang aksi timbal balik suku akhir Piala Malaysia selepas menewaskan DPMM 3-1 pada perlawanan pertama di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Brunei.
Di sebalik tentangan tuan rumah, skuad The Cats berjaya mendahului menerusi jaringan pemain import, Jerome Mpacko Etame yang bijak menolak masuk hantaran Ahmad Danial Ahmad Asri pada minit ke-39.
Bersambung babak kedua, DPMM kembali menyamakan kedudukan apabila pertahanan Kuching City FC James Okwuosa tertampan masuk hantaran Miguel Oliveira untuk menjadikan kedudukan 1-1.
Kuching City FC berjaya memimpin semula perlawanan pada minit ke-64 apabila sepakan penjuru Petrus Shitembi ditumbuk masuk penjaga gol DPMM Muhammad Haimie Abdullah Nyaring untuk meletakkan pasukan pelawat kembali di hadapan.
Pemain sayap Kuching City Muhammad Ramadhan Saifullah Usman melengkapkan kemenangan bergaya The Cats apabila menyumbat gol ketiga pada minit ke-83 untuk memastikan kemenangan 1-3 memihak pasukan pelawat.
Meskipun tewas, DPMM masih berpeluang untuk mara ke suku akhir apabila turun bagi aksi timbal balik menentang Kuching City pada 14 Feb ini di Stadium Negeri Sarawak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Piala Malaysia
#Kuching City FC
#DPMM
#Brunei
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan