KUALA LUMPUR: Malaysia mara ke separuh akhir Piala Thomas 2024 selepas menundukkan Jepun 3-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Gimnasium Pusat Sukan Hi-Tech, Chengdu, China.

Dalam saingan suku akhir, gandingan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani yang disenaraikan dalam perlawanan keempat menyumbang mata penentuan buat malaysia selepas menundukkan Akira Koga-Taichi Saito 21-18, 15-21, 12-21.

Kem negara memperolehi mata pertama menerusi Lee Zii Jia apabila dengan mudah menewaskan Kenta Nishimoto 13-21, 3-21

Bagaimanapun, skuad Piala Thomas Malaysia tersentak seketika apabila Aaron Chia-Soh Wooi Yik dijinakkan Takuro Hoki-Yugo Kobayashi 18-21, 21-14, 21-19.

Aksi membanggakan Leong Jun Hao yang menghuni ranking ke-37 membolehkan Malaysia berada di hadapan 2-1 selepas menundukkan Koki Watanabe (ranking 21) 13-21, 10-21.

Malaysia terus menafikan kemaraan Jepun apabila Sze Fei-Nur Izzuddin bangkit melakarkan kemenangan berharga buat negara.

Menanti di separuh akhir adalah tuan rumah China yang menyingkirkan juara bertahan India 3-1.