awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
Masalah kesuburan lelaki punca hanpir separuh kes pasangan sukar hamil - LPPKN
Kadar pemilikan rumah, akses kemudahan asas meningkat - DOSM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Thomas: Malaysia tersingkir di tangan India

Astro Arena
Astro Arena
12/05/2022
16:31 MYT
Piala Thomas: Malaysia tersingkir di tangan India
Jun Hao tewas 13-21, 8-21 kepada H. S Prannoy dalam masa 39 minit. - Gambar/ BAM
SKUAD badminton lelaki negara terkandas dalam suku akhir Piala Thomas 2022 selepas tewas 2-3 kepada India di Impact Arena, Bangkok sebentar tadi.
Malaysia bermula dengan langkah kanan apabila perseorangan utama, Lee Zii Jia, tidak berdepan masalah untuk menumbangkan pemain nombor sembilan dunia, Lakshya Sen, 23-21, 21-9 dalam masa 46 minit.
Bagaimanapun, gandingan Goh Sze Fei dan Nur Izzudin Rumsani gagal mengatasi tekanan sebagai beregu utama sebelum akur tewas 19-21, 15-21 kepada Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty.
Kekalahan itu memberikan tekanan luar biasa buat pemain di ranking ke-46 dunia, Ng Tze Yong, yang ternyata masih belum mampu menggugat keampuhan pemain nombor 11 dunia, Kidambi Srikanth, untuk tewas mudah 21-11, 21-17.
Gandingan bidan terjun, Aaron Chia-Teo Ee Yi, kemudian kembali menyamakan kedudukan buat skuad negara dengan kemenangan 21-19, 21-17 ke atas Krishna Prasad Garaga-Vishnuwarshan Goud Panjala.
Bagaimanapun, tekanan yang diletakkan di bahu perseorangan ketiga, Leong Jun Hao, jelas terlalu besar di mana jurang ranking 101 anak tangga dengan H. S Prannoy jelas kelihatan -- Prannoy di ranking ke 23 Dunia -- sebelum tewas 13-21, 8-21 dalam masa 39 minit.
Artikel asal di Stadium Astro.
Topic Berkaitan
#Piala Thomas
#Malaysia
#malaysia terkandas
#India
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan