awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
Polis, MCMC kerjasama kesan sindiket penipuan guna nama IPK Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKBM langsai hutang lima pasukan

Sinar Harian
Sinar Harian
29/07/2023
10:07 MYT
PKBM langsai hutang lima pasukan
Presiden PKBM berkata, hutang yang mencecah lebih RM1 juta telah diselesaikan Human Voyage selaku penganjur perlumbaan itu tahun lalu. - Gambar fail
PERSEKUTUAN Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) mengesahkan hutang tertunggak kepada lima pasukan yang bersaing pada Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 sudah dilunaskan.
Presiden PKBM, Datuk Abu Samah Abd Wahab berkata, hutang yang mencecah lebih RM1 juta itu telah diselesaikan Human Voyage (M) Sdn Bhd selaku penganjur perlumbaan jelajah berbasikal terulung Asia itu tahun lalu.
“Alhamdulillah saya telah diberitahu hutang kepada lima pasukan yang terlibat telah dilunaskan. Ini satu perkara yang sememangnya kita tunggu-tunggu sejak beberapa bulan lalu.
“Sudah tentu perkhabaran itu memberi petanda baik kepada status penganjuran kejohanan yang sebelum ini mencetuskan kebimbangan ramai pihak terutamanya pemegang taruh LTdL.
“Saya akan mengutuskan surat kepada pihak UCI (Kesatuan Berbasikal Dunia) malam ini (Jumaat) untuk memaklumkan hutang tertunggak lima pasukan itu sudah diselesaikan,” katanya kepada Sukan Sinar pada Jumaat.
Sukan Sinar sebelum ini melaporkan status penganjuran LTdL 2023 mencetuskan tanda tanya apabila hasil semakan di laman sesawang UCI, https://www.uci.org/ setakat Khamis, didapati kejohanan berstatus ProSeries itu tiada lagi dalam kalendar UCI.
Situasi itu pastinya mengejutkan memandangkan Majlis Sukan Negara (MSN) selaku penganjur LTdL 2023 sudah membuat persiapan bagi menganjurkan kejohanan edisi ke-23 itu yang dijadual berlangsung dari 23 hingga 30 September depan.
Pada Majlis Pelancaran LTdL 2023 di Putrajaya 4 Julai lalu, Abu Samah mendedahkan menerima surat daripada UCI berhubung tunggakan bayaran penganjur sebelum ini kepada lima pasukan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#LTdL
#langsai hutang
#PKBM
#Le Tour de Langkawi
#Human Voyage
#Abu Samah Abd Wahab
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan