awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Polis tahan warga emas acu "pistol" di lebuh raya
KP Perkhidmatan Awam santuni pesara, sampaikan bantuan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar hadir saksikan aksi final Terbuka Malaysia 2026

Bernama
Bernama
11/01/2026
11:30 MYT
PM Anwar hadir saksikan aksi final Terbuka Malaysia 2026
Anwar menyampaikan pingat kepada Aaron Chia dan Wooi Yik selepas menjadi naib juara menentang beregu Korea Selatan, Kim Won Ho dan Seo Seung Jae pada kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2026. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa menyaksikan aksi final Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2026 di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyaksikan final Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2026 di Axiata Arena, Bukit Jalil sebagai sokongan terhadap pembangunan sukan negara.
  • Anwar turut menyampaikan hadiah kepada pasangan negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang muncul naib juara selepas tewas kepada juara bertahan Korea Selatan dalam tempoh 66 minit.
  • Kehadiran Anwar dan keputusan negara terus gagal meraih gelaran beregu lelaki Terbuka Malaysia menandakan kebanggaan rakyat Malaysia terhadap sukan badminton.

Ketibaan Anwar disambut Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari dan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz kira-kira jam 5 petang.
Kehadiran Perdana Menteri itu mencerminkan sokongan berterusan kerajaan terhadap pembangunan sukan negara, khususnya badminton yang merupakan antara sukan kebanggaan rakyat Malaysia.
Anwar turut menyampaikan hadiah pada sesi beregu lelaki yang menyaksikan pasangan negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik muncul naib juara selepas tewas kepada juara bertahan Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan dengan keputusan 15-21, 21-15 dan 18-21 dalam tempoh 66 minit.
Ini merupakan kali kedua Aaron-Wooi Yik tewas kepada pasangan yang sama, sekali gus menyaksikan negara terus kemarau gelaran beregu lelaki Terbuka Malaysia sejak kali terakhir dimenangi oleh Goh V Shem-Lim Khim Wah pada 2014.
Sementara itu, Anwar menerusi hantaran di Facebook berkata walaupun nasib tidak menyebelahi pasangan negara, persembahan ditampilkan Aaron dan Wooi Yik tetap membanggakan serta mencerminkan semangat juang tinggi hingga ke mata akhir perlawanan.
"Walaupun nasib tidak menyebelahi kita, saya dan seluruh rakyat berbangga dengan semangat juang Aaron-Wooi Yik, yang begitu hampir menumpaskan lawan.
"Teruskan bekerja keras, perbaiki setiap kelemahan dan kekalkan keyakinan. Insya-Allah, lebih banyak kejayaan akan dicapai selepas ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BAM
#Terbuka Malaysia
#pasangan negara
#beregu lelaki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan