awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inisiatif pembiayaan KUSKOP perkukuh akses pembiayaan PMKS - FMM
Guru obesiti 350kg terlantar dalam bilik air
12 hektar hutan tanah gambut di Muar terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM minta FAM sedia pelan, KPI jamin peningkatan prestasi Harimau Malaya

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
19/09/2024
01:00 MYT
PM minta FAM sedia pelan, KPI jamin peningkatan prestasi Harimau Malaya
Perdana Menteri Anwar (tiga dari kanan) bersama Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh (empat dari kiri) mengadakan pertemuan dengan kepimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Rabu. - Gambar ihsan Kementerian Belia dan Sukan
KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) diminta untuk menyediakan pelan perancangan dan Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) untuk menjamin peningkatan prestasi skuad Harimau Malaya.
Menurut Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Belia dan Sukan (KBS), permintaan itu dikemukakan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
KBS berkata, tuntutan itu dikemukakan sebagai balasan kepada komitmen kerajaan yang bersetuju memberi peruntukan RM15 juta untuk membantu usaha memperkasakan pasukan kebangsaan, termasuk skuad bawah 23 tahun kebangsaan.
"Perdana Menteri Anwar berkata demikian ketika bertemu kepimpinan FAM pada Rabu, selain turut menyatakan bahawa peruntukan itu akan dipantau secara berkala oleh Kementerian Kewangan (MOF) dan KBS.
"Selain itu, KBS akan mendapatkan khidmat bantuan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk melakukan penilaian semula keberkesanan Program Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan (NFDP) yang dikendalikan Majlis Sukan Negara (MSN) supaya penambahbaikan boleh dilakukan," kata KBS dalam kenyataan yang dikeluarkan, pada Khamis.
KBS turut memaklumkan, Perdana Menteri mengesahkan komitmen kerajaan untuk memperkukuhkan ekosistem sukan negara dan peruntukan yang disalurkan untuk Harimau Malaya tidak akan mengurangkan peruntukan yang disalurkan kepada sukan-sukan lain.
Topic Berkaitan
#FAM
#harimau Malaya
#Kementerian Belia dan Sukan
#PM Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan