awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir ucapan Selamat Tahun Baharu 2026
Silat wadah bentuk jati diri belia - Mohammed Taufiq
Ringgit dibuka tinggi susulan penurunan dolar selepas pengumuman minit mesyuarat FOMC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Pahang terima lima laporan kenderaan dirosakkan

Bernama
Bernama
29/05/2013
06:49 MYT
Polis Pahang terima lima laporan kenderaan dirosakkan
Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata pihaknya menerima lima laporan polis berhubung perbuatan khianat ke atas kenderaan yang berlaku di Stadium Darul Makmur, di sini malam semalam.
Katanya laporan tersebut diterima selepas perlawanan separuh akhir kedua Piala FA 2013 di antara Pahang dan Johor Darul Takzim dibatalkan, ekoran tindakan agresif penyokong kedua-dua pasukan.
Mengulas insiden itu kepada Bernama di sini hari ini, Sharifuddin mengakui kejadian berpunca daripada jumlah penonton melebihi kapasiti akibat tiga pintu masuk ke stadium dipecahkan penyokong.
Katanya polis masih dapat mengawal keadaan walaupun berlaku sedikit kekecohan akibat tindakan agresif penyokong.
"Polis masih menjalankan siasatan berkenaan insiden malam tadi, selain siasatan kes khianat ke atas kenderaan seperti yang dilaporkan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya.
Menurutnya polis bagaimanapun tidak menerima laporan berhubung kecederaan membabitkan penonton dalam insiden itu.
Topic Berkaitan
#Datuk Sharifuddin Ab Ghani
#Johor Darul Takzim
#Ketua Polis Pahang
#Pahang
#Piala FA 2013
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan