awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aaron-Wooi Yik gagal ke final Terbuka India
Bekas PM Jepun Yoshihide Suga bersara, mahu beri laluan kepada pemimpin muda
Trump pelawa Erdogan sertai Lembaga Keamanan Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pramusim: Drama dua kad merah tapi JDT-Cardiff City sama kuat

Astro Arena
Astro Arena
10/07/2025
01:20 MYT
Pramusim: Drama dua kad merah tapi JDT-Cardiff City sama kuat
JDT diikat Cardiff City 2-2 di Pinatar Arena, Sepanyol, awal pagi tadi. - Foto Johor Southern Tigers/Astro ARENA
SELEPAS mencatatkan dua kemenangan berdepan Costa City dan Real Murcia dalam perlawanan persahabatan pramusim, Johor Darul Ta'zim (JDT) diikat kelab terkemuka Wales, Cardiff City, di Pinatar Arena, Sepanyol awal pagi tadi.
Aksi berkesudahan dengan keputusan 2-2 menandakan dua pasukan tersebut sama hebat.
Magis penyerang warisan Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mula menampakkan hasil bersama Harimau Selatan, namun peluangnya dinafikan penjaga gawang, Ethan Horvath.
Meskipun belum tamat separuh masa, juara Liga Super 11 kali berturut-turut itu terpaksa beraksi dengan 10 pemain sehingga tamat permainan berikutan tonggak import. Moussa Sidibe, dilayangkan kad merah.
David Turnbull membuka tirai jaringan susulan melepaskan rembatan menewaskan Andoni Zubiaurre untuk kedudukan 1-0.
Skuad kendalian Xisco Munoz menemui sentuhan jaringan penyamaan menerusi Jairo Da Silva, tetapi Robin Colwill kembali meletakkan Cardiff City di hadapan.
Pada minit ke-83, Yousef Salech diarah keluar selepas melakukan terjahan keras, sekali gus dilayangkan kad merah kedua aksi oleh pengadil, dan permainan seimbang dengan kedua-dua pasukan beraksi bersama 10 pemain.
Mujur Oscar Arribas sempat menghukum kealpaan barisan pertahanan lawan, sebelum menjaringkan gol penyamaan untuk dua kelab tersebut sekadar berpuas hati dengan berkongsi jaringan 2-2 melewati tamat perlawanan.
FT: CARDIFF CITY (WAL) [2-2] JDT (David Turnbull 48 / Rubin Colwill 62) (Jairo Da Silva 59 / Oscar Arribas 90+3) More photos at https://t.co/Dv9bfRgMrV#Preseason #Spain#JDTinSpain#JDTDoingJDTThings#WhatCanYouDo pic.twitter.com/xbcYwrNaHs
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) July 9, 2025
Topic Berkaitan
#JDT
#Cardiff City
#perlawanan persahabatan
#sepanyol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan