awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
JDT kuasai perlawanan selepas permulaan sukar - Xisco Munoz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pramusim: Usai dua kekalahan, Selangor akhirnya temui rentak kemenangan di Bangkok

Astro Arena
Astro Arena
15/07/2025
01:00 MYT
Pramusim: Usai dua kekalahan, Selangor akhirnya temui rentak kemenangan di Bangkok
Selangor FC menerima tonik tambahan apabila giliran Faisal Halim pula meletakkan pasukan itu di hadapan sebelum tamat separuh masa pertama. - Foto Astro ARENA
SELANGOR akhirnya memecahkan kebuntuan selepas kecewa dalam dua perlawanan persahabatan di Thailand, sebelum ini.
Aksi ketiga siri jelajah pramusim Gergasi Merah itu berkesudahan dengan kemenangan 3-1 menewaskan Bangkok FC, sekali gus mengubati luka susulan tewas kepada kelab liga utama Thailand, Ratchaburi dan Chonburi.
Meskipun tuan rumah terlebih dahulu membuka tirai jaringan, skuad kendalian Katsuhito Kinoshi tetap bersemangat mengatur serangan dan jaringan penyamaan hadir menerusi bekas import Kedah, Willian Lira, pada minit ke-15 untuk kedudukan 1-1.
Naib juara Liga Super itu menerima tonik tambahan apabila giliran penyerang Harimau Malaya, Faisal Halim, pula meletakkan Selangor di hadapan sebelum tamat separuh masa pertama.
Bekas bintang Malaysia bawah 15 tahun (B-15), Harry Danish Mohd Haizon, berjaya membantu Selangor meraih kemenangan pertama, yang juga merupakan gol pertamanya bersama skuad utama untuk pelawat kembali menemui rentak sebenar.
Perlawanan Sumbangsih (Piala Sultan Haji Ahmad Shah) menjadi permulaan kepada Selangor untuk membuka tirai Liga Malaysia (Liga-M) dengan Johor Darul Ta'zim (JDT) menjadi halangan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), bulan depan.
/ FT | Bangkok FC (1-3) Selangor FC Dudu Lima Willian Lira Faisal Halim Harry Danish #SFC #MKLK #MerahKuning #LambangKebanggaan#ThisIsSelangor pic.twitter.com/WDFLOoltgm
— Selangor FC (@selangorfc) July 14, 2025
Topic Berkaitan
#Selangor FC
#perlawanan persahabatan
#Thailand
#Bangkok FC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan