awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden FAM hadir mesyuarat Ahli Majlis FIFA ke-26 di Jeddah

Bernama
Bernama
18/12/2023
06:38 MYT
Presiden FAM hadir mesyuarat Ahli Majlis FIFA ke-26 di Jeddah
Mesyuarat itu dipengerusikan Presiden FIFA Gianni Infantino dan diadakan seiring dengan Piala Dunia Kelab FIFA 2023 yang turut berlangsung di Jeddah. - Foto FB FAM
KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin menghadiri mesyuarat Ahli Majlis Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ke-26 di Jeddah, Arab Saudi, semalam.
FAM menerusi kenyataan dikeluarkan di Facebook rasmi badan induk itu hari ini, memaklumkan mesyuarat itu dipengerusikan Presiden FIFA Gianni Infantino dan diadakan seiring dengan Piala Dunia Kelab FIFA 2023 yang turut berlangsung di Jeddah.
"Mesyuarat ahli majlis berlangsung dengan sangat efektif dan produktif yang mana kita memutuskan perkara penting dalam bola sepak belia dan juga rangka kerja latihan bola sepak pembangunan wanita," kata Hamidin.
Antara butiran penting lain diputuskan ahli majlis pada mesyuarat itu termasuk mengesahkan Piala Dunia Kelab FIFA kini dikenali sebagai Mundial de Clubes FIFA dengan penampilan kelab daripada setiap enam konfederasi - Afrika, Asia, Eropah, Amerika Utara dan Tengah, Caribbean, Amerika Selatan serta Oceania.
Menurut kenyataan itu, perubahan tersebut bermula secara efektif pada 2025 yang menyaksikan Amerika Syarikat sebagai tuan rumah.
Ahli majlis juga memutuskan Chile akan menjadi tuan rumah untuk Piala Dunia Bawah 20 Tahun (B-20) 2025 manakala Poland akan menjadi hos Piala Dunia Wanita B-20 2026.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#presiden Persatuan Bolasepak Malaysia
#Hamidin Mohd Amin
#mesyuarat Ahli Majlis FIFA
#Jeddah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan