awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bekas pengetua tidak tahu wujud pernyataan bertulis lima orang pelajar
WEF2026: Venezuela akan capai kejayaan yang amat cemerlang - Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Prestasi "yo yo" NSFC perlu diperbaik segera - Aminuddin

Bernama
Bernama
21/01/2026
15:00 MYT
Prestasi "yo yo" NSFC perlu diperbaik segera - Aminuddin
Aminuddin ketika sidang media pasca mesyuarat exco di Wisma Negeri hari ini. - Gambar Bernama
SEREMBAN: Prestasi tidak konsisten atau "yo yo" Negeri Sembilan FC (NSFC) memerlukan transformasi menyeluruh bagi memastikan pasukan itu mampu mencapai tahap lebih kompetitif, kata Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun.

Ringkasan AI
  • Prestasi "yo yo" Negeri Sembilan FC (NSFC) memerlukan transformasi menyeluruh untuk lebih kompetitif, kata Menteri Besar Aminuddin Harun.
  • NSFC berdepan dengan ketidakstabilan prestasi walaupun sokongan kewangan dan tambahan peruntukan telah diberikan untuk pengambilan pemain baharu.
  • Pengurusan, kejurulatihan, dan pemain perlu lebih fokus dan meningkatkan semangat serta kesungguhan pasukan demi mencapai impak positif yang diingini.

Aminuddin yang juga Pengerusi NSFC berkata meskipun pelbagai sokongan diberikan termasuk dari aspek kewangan yang turut merangkumi kelulusan tambahan peruntukan bagi pengambilan pemain baharu, namun kestabilan prestasi pasukan belum dicapai.
"Prestasi pasukan NSFC okay, tapi masih yo yo. Kita berharap ada keputusan tepat supaya prestasi seperti itu dapat dihentikan. Kita telah tambah peruntukan kepada NSFC kerana mereka mahu mengambil beberapa pemain baharu pada jendela (perpindahan) kedua.
"Kita berharap pemain, jurulatih dan pengurusan lebih fokus pada satu atau dua perlawanan dalam masa terdekat ini. Kita mahu kesungguhan itu bukan hanya di tempat sendiri tetapi juga semasa beraksi di tempat lawan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusi Mesyuarat EXCO di sini hari ini.
Aminuddin menegaskan pengurusan, pihak kejurulatihan dan pemain perlu memastikan impak positif dapat dicapai kerana telah diberikan masa mencukupi, dengan keutamaan kini ialah meningkatkan semangat serta kesungguhan pasukan.
Beliau berkata kemenangan bukan tuntutan mutlak dalam setiap perlawanan, namun komitmen dan kesungguhan pemain amat penting selain mengakui aspek taktikal pasukan masih belum mencapai tahap serta jangkaan yang ditetapkan.
NSFC berdepan dua kekalahan Liga Super iaitu semasa menentang Johor Darul Ta'zim (0-1) dan Selangor FC (0-1) selain sekadar seri dengan Imigresen FC tanpa jaringan pada 17 Jan.
Dalam pada itu Aminuddin berkata peruntukan hampir RM5 juta disediakan bagi menaik taraf Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi yang merangkumi kerja mengecat, baik pulih bilik persalinan dan penambahbaikan sistem lampu limpah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Liga Super
#aspek taktikal
#lampu limpah
#NSFC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan