KUALA LUMPUR: Ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong berharap agar projek 'Road To Gold' (RTG) memberi fokus kepada menyediakan semula khidmat sokongan lebih konsisten kepada atlet kebangsaan.
Pandelela berkata beliau mendapat khidmat sokongan seperti pasukan sains sukan ketika beraksi pada dua Olimpik iaitu edisi 2012 di London, United Kingdom dan edisi 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, yang membantunya menyumbang pingat pada temasya sukan terbesar dunia itu.
"Diharapkan selepas ini khidmat sokongan lebih konsisten, jangan sekejap ada sekejap tiada... Seperti ketika di London dan Rio kami mempunyai tukang urut dan (khidmat) biomekanik sukan, namun untuk Tokyo 2020 tiada (khidmat sokongan)," katanya kepada pemberita pada Kejohanan Terjun Kumpulan Umur Jemputan (MIAG) ke-58 di sini, hari ini.
Beliau berkata atlet terjun memerlukan analisis video ketika latihan dan pertandingan dan tanpa khidmat sokongan berkenaan sukar bagi mereka mempamerkan aksi konsisten.
Pandelela mencipta sejarah apabila muncul atlet wanita pertama negara menyumbang pingat (gangsa) di Sukan Olimpik pada edisi 2012 bagi acara 10 meter (m) platform dan kemudian meraih perak dalam 10m platform seirama, bergandingan bersama Cheong Jun Hoong, pada edisi 2016.
Bulan lepas, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan pembentukan pasukan projek RTG dengan objektif menyelaras usaha negara dalam memburu pingat emas sulung di Sukan Olimpik.
Dalam pada itu, atlet dari Sarawak tersebut yakin bahawa barisan penerjun junior mampu menyinar, sekali gus mengekalkan dominasi Malaysia dalam Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja.
Januari lepas, penolong jurulatih Datuk Leong Mun Yee mengumumkan skuad terjun elit tidak akan menyertai Sukan SEA 2023 di Kemboja, bagi memberi pendedahan kepada penerjun muda di peringkat antarabangsa.
Terdahulu, Pandelela yang mewakili pasukan kebangsaan menepati ramalan apabila menjuarai 10m platform dengan mengutip 326.05 mata diikuti penerjun Sarawak, Eilisha Rania Abrial Rajagopal (235 mata) dan wakil Singapura, Ong Rei En meraih gangsa (208.25 mata).
Mengulas aksinya hari ini, Pandelela berkata beliau lega dapat kembali merasai pengalaman bertanding selepas kali terakhir bersaing pada Grand Prix (GP) Terjun Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) di sini, November lepas.
Katanya, pertandingan kali ini merupakan platform baginya menyiapkan diri bagi membawa cabaran negara pada Piala Dunia Terjun 2023 di Montreal, Kanada pada 5 hingga 7 Mei ini.
Sementara itu, penerjun kebangsaan menguasai podium dalam acara 10m platform lelaki menerusi Bertrand Rhodict yang meraih 404.15 mata untuk memenangi emas, menewaskan Jellson Jabilin yang merangkul perak (372.10 mata) dan Enrique Maccartney meraih gangsa (338.75 mata).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 03 2023
Pandelela berkata beliau mendapat khidmat sokongan seperti pasukan sains sukan ketika beraksi pada dua Olimpik yang membantunya menyumbang pingat pada temasya sukan terbesar dunia itu. - Fail/Astro AWANI
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Kembangkan kandungan tempatan melalui AI
Menurut Setiausaha Agung Organisasi Kerjasama Digital (DCO) Deemah Al Yahya, terdapat 2.7 peratus daripada penduduk dunia tidak berhubung malah tidak mempunyai sambungan asas internet. Beliau turut berkata infrastruktur pengkomputeran setiap negara perlu mempunyai kemampuan untuk mengembangkan kandungan tempatan khususnya yang melibatkan penggunaan AI.
AI tidak dapat ganti guru
Menteri Pendidikan Rwanda, Gaspard Twagirayezu berkata kepesatan teknologi AI dalam pendidikan tidak dapat menggantikan guru malah membantu guru dalam menyediakan bahan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 April 2024.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia perlukan persaingan sihat dalam transisi ke Orde Baharu - Menteri Luar Arab Saudi
Menteri Luar Negeri Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud berkata dunia memerlukan persaingan sihat dalam transisi daripada Orde Dunia Lama kepada Orde Baharu. Jelasnya, persaingan ini akan memberi manfaat dalam bentuk kos pengeluaran lebih rendah, perkembangan inovasi dan pelaburan lebih baik. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Tidak adil untuk Pandelela tuding jari terhadap media secara melulu - SAM
Presiden SAM, Norismadi Abd Manap dalam satu kenyataan pada Sabtu menegaskan, media sukan adalah profesional dalam menjalankan tugas
Pandelela jelas isu 'entiti', dakwa media salah tafsir
Ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong, akhirnya tampil memberikan penjelasan mengenai kemelut isu yang dihadapi skuad terjun ketika ini.
Gangguan 'entiti': MAS siasat segera dakwaan Pandelela
Setiausaha Agung MAS, Andy Low, berkata beliau telah berjumpa dan mendapatkan penjelasan Pandelela pagi tadi, namun enggan mengulas lanjut sehingga siasatan selesai.
"Hanya alasan!" - Kenyataan MAS kepada Pandelela tidak wajar
Kenyataan Setiausaha Agung Persekutuan Renang Malaysia (MAS) Andy Low kepada ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong dianggap tidak wajar.
Kami boleh bersara jika ada atlet pelapis - Pandelela
Datuk Pandelela Rinong hari ini berkata penerjun senior sepertinya boleh bersara, jika ada atlet pelapis yang boleh mengatasi mereka.
RTG: Kedudukan Pandelela, Dhabitah mungkin diketahui akhir bulan ini
Kedudukan Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri dalam senarai program Road to Gold berkemungkinan akan diketahui akhir bulan ini.
Gagal raih tiket ke Sukan Olimpik Paris, Pandelela mohon maaf
Penerjun kelahiran Sarawak itu bagaimanapun belum mahu mengibar bendera putih, sebaliknya tekad bangkit lebih kuat selepas ini.
Pandelela, Nur Dhabitah gagal ke Sukan Olimpik Paris 2024
Mereka gagal menampilkan prestasi terbaik untuk menduduki kedudukan tersebut daripada 16 gandingan dengan mengutip 240.06 mata keseluruhan.
Pandelela diyakini mampu beri aksi terbaik buru slot ke Paris 2024
Pandelela masih mempunyai satu lagi peluang apabila beraksi bersama Nur Dhabitah dalam acara 10m platform seirama pada Selasa.
Pandelela terlepas kelayakan Olimpik acara 10m platform
Pandelela hanya menduduki tempat ke-29 dengan 231.15 mata, ketinggalan 204.05 mata di belakang juara dunia Chen Yuxi (435.20 mata).