THIERRY Henry memberi amaran Paris Saint-Germain akan bergelut untuk mengekalkan Kylian Mbappe dan menggesa kelab itu memikirkan semula strategi perpindahan mereka selepas satu lagi penyingkiran Liga Juara-Juara yang mengecewakan.
Legenda Perancis, Henry percaya peminat PSG mendapati sukar untuk menerima bintang global yang telah tiba semasa era Pelaburan Sukan Qatar.
Mbappe adalah satu-satunya pemain Perancis dalam kesebelasan utama skuad kendalian Christophe Galtier menentang Bayern Munich pada hari Rabu, dan Henry berpandangan kekalahan 2-0 di Jerman, mengesahkan kejayaan agregat 3-0 untuk Bayern, boleh mempercepatkan penghijrahan penyerang itu.
Walaupun menamatkan saingan sebagai penjaring terbanyak Piala Dunia bersama Perancis, sejak kembali ke PSG, tidak banyak impak dapat dihasilkan Mbappe.
Keputusan dalam Ligue 1 sebahagian besarnya cukup baik, dengan kedudukan teratas kukuh buat masa ini, tetapi Paris telah disingkirkan dari Coupe de France oleh Marseille, dan kini mereka terkeluar daripada saingan Eropah.
Galtier bakal berada di bawah penelitian, tetapi jika Mbappe mula mempersoalkan masa depannya itu akan menjadi tamparan yang dahsyat. Dia dipujuk untuk menolak minat Real Madrid pada Mei lalu, tetapi Henry membayangkan Mbappe mungkin mahu mempertimbangkan semula komitmennya.
Bercakap mengenai CBS Sports Golazo, Henry berkata PSG harus mengalihkan tumpuan mereka kepada bakat tempatan dan berkata, "Jika itu projek utama mereka, mungkin peminat boleh melihatnya, dan ia boleh kelihatan seperti sesuatu yang sangat menarik.
“Mungkin ia boleh menjadi satu cara untuk mengekalkan Kylian jika dia melihat bahawa mereka akan ke arah itu.
"Namun saya fikir ia akan menjadi sukar sekarang untuk mengekalkannya ekoran prestasi pasukan ini."
PSG tewas di pusingan 16 Liga Juara-Juara dalam lima daripada tujuh musim terakhir, memperoleh beberapa keputusan seri yang sukar pada masa itu, dua kali tewas kepada Real Madrid sementara disingkirkan oleh Barcelona, Manchester United dan kini Bayern. -- Stadium Astro
Astro Arena
Fri Mar 10 2023
Mbappe adalah satu-satunya pemain Perancis dalam kesebelasan utama skuad kendalian Christophe Galtier menentang Bayern Munich pada Rabu. - Stadium Astro
TikTok mulakan ujian untuk aplikasi perkongsian gambar dan teks
TikTok Notes akan memudahkan perkongsian perkembangan harian dengan lebih mudah dan kreatif menggunakannya.
Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, Bank Dunia di Washington
Amir Hamzah mengetuai delegasi Malaysia ke Washington, Amerika Syarikat bagi menghadiri Mesyuarat Musim Bunga IMF dan Kumpulan Bank Dunia.
Misi Flotila ke Gaza bermula hari ini
Seramai 20 aktivis Malaysia akan menyertai Misi Flotila ke Gaza yang dijangka berlepas pada Ahad ini di mana misi ini akan bermula di Istanbul Turki pada Khamis sebagai persediaan akhir dan dijangka berlepas ke Gaza nanti.
[TERKINI] Kerajaan setuju pertimbang salur peruntukan kepada wakil rakyat Pembangkang – Fadillah
Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk mempertimbang penyaluran peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang, kata Timbalan Perdana Menteri II Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dalam satu kenyataan media pada Khamis, beliau yang juga Ketua Whip Kerajaan Perpaduan berkata, perkara itu dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan di Putrajaya pada Rabu.
Dalam satu kenyataan media pada Khamis, beliau yang juga Ketua Whip Kerajaan Perpaduan berkata, perkara itu dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan di Putrajaya pada Rabu.
Pekerja kilang belacan dituduh membunuh
Seorang pekerja kilang belacan didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan atas tuduhan membunuh seorang lelaki, awal bulan ini.
K'jaan setuju salur peruntukan kepada pembangkang - Fadillah
Satu deraf MoU akan dirangka serta dipanjangkan kepada pihak pembangkang, sebagai langkah perundingan seterusnya.
Sistem GPS bawah laut dibangunkan untuk penyelam skuba
Sehingga lima individu boleh menggunakan DNS serentak untuk setiap pelampung.
UPKK 2023: 28,531 calon peroleh keputusan 8A
Sebanyak 88 peratus calon lulus keseluruhan, manakala pencapaian Gred Purata Skor UPKK secara keseluruhan pula ialah 1.89 mata.
WHO perbaharui gesaan untuk lindungi hospital Gaza
Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Ghebreyesus, memperbaharui gesaan agar memberikan perlindungan kepada semua hospital di Semenanjung Gaza.
Penumpang harap banjir cepat pulih, hanya mahu pulang
Penumpang yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, UAE mengharapkan cuaca lebih baik, banjir pulih supaya merekatidak lagi terkandas tetapi dapat menaiki pesawat dan pulang ke kampung halaman.
UCL: Dua gol Mbappe pastikan Barcelona tersungkur di suku akhir
PSG bangkit daripada ketinggalan dua gol secara agregat untuk mara ke separuh akhir UCL.
Jaringan Mbappe bawa PSG ke final Piala Perancis
Mbappe buka jaringan lima minit sebelum waktu rehat dengan gol kelapannya dalam kejohanan di Parc des Princes.
Mbappe bakal cetus masalah kepada Real Madrid
Gergasi LaLiga itu berharap dapat memuktamadkan perjanjian dengan Mbappe tidak lama lagi.
Mbappe gagal beri PSG impak di Paris
Reims terlebih dahulu mengejutkan pasukan tuan rumah apabila Marshall Munetsi menyudahkan umpanan Oumar Diakite pada minit keenam.
UCL: PSG tak jamin turunkan Kylian Mbappe
Pengurus Paris St Germain (PSG), Luis Enrique, enggan menawarkan Kylian Mbappe jaminan tentang minit permainan dalam Liga Juara-Juara (UCL).
Mbappe maklumkan hasrat tinggalkan PSG - Laporan
Selepas tujuh tahun terikat dengan Paris St Germain, Mbappe mahu bergerak sebagai pemain bebas.
Mbappe bakal sertai Real Madrid akhir musim - Laporan
Mbappe tidak akan memperbaharui kontraknya di kelab Ligue 1 itu apabila ia tamat membolehkannya berpindah ke kelab lain secara percuma.
Lionel Messi diumum Pemain Terbaik FIFA 2023
Pemain tengah dari pasukan Sepanyol, yang memenangi Piala Dunia 2023, iaitu Aitana Bonmati pula dipilih sebagai pemain wanita terbaik tahun ini.
Ronaldo rangkul Anugerah Maradona
Ronaldo merangkul Anugerah Maradona mengatasi pesaing Kylian Mbappe, Harry Kane dan Erling Haaland.
Barcelona tak mampu dapatkan Mbappe, Haaland
PENGENDALI Barcelona, Xavi menolak dakwaan bahawa kelab itu sedang memburu khidmat bintang Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe atau pemain Manchester City, Erling Haaland.