awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengeluar komputer dijangka beralih kepada CXMT untuk bekalan memori pengguna
Valve tangguh pelancaran Steam Machine, Steam Frame akibat krisis komponen global
Suspek tular pegang parang, tunjuk jari tengah sudah ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PSG sedia lepaskan Lionel Messi

Astro Arena
Astro Arena
24/04/2023
02:40 MYT
PSG sedia lepaskan Lionel Messi
Rundingan kontrak di antara Messi dan PSG telah tertangguh sejak beberapa bulan lalu sebaik Argentina menjulang Piala Dunia. - Foto AP
MASA depan Lionel Messi di peringkat kelab masih samar berikutan kontraknya di Paris Saint-Germain (PSG) berakhir hujung musim ini.
Kedua-dua pihak belum mencapai sebarang persetujuan mengenai perjanjian baharu, malah timbul spekulasi mengaitkan pemain berusia 35 tahun itu akan kembali ke Barcelona.
Messi juga telah dikaitkan dengan perpindahan lumayan ke kelab Arab Saudi dan Amerika Syarikat (AS).
Menurut laporan Sunday Mirror, PSG dilaporkan bersedia untuk membenarkan Lionel Messi angkat kaki secara percuma.
Rundingan kontrak di antara Messi dan PSG telah tertangguh sejak beberapa bulan lalu sebaik Argentina menjulang Piala Dunia walaupun dilaporkan menghampiri kata putus yang positif.
Begitupun, laporan itu turut mengaitkan PSG tidak tergesa-gesa untuk melanjutkan perjanjian Messi memandangkan Presiden, Nasser Al-Khelaifi, ingin mengukuhkan kewangan kelab itu agar lebih mampan dan kurang bergantung kepada pemain berstatus bintang. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Lionel Messi
#PSG
#perjanjian baharu
#rundingan kontrak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan