awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita hilang ditemui maut, dipercayai dibunuh kekasih
KTMB sedia lapan ETS tambahan sempena Tahun Baharu Cina, Aidilfitri
Serangan ke atas anak: Saya sendiri akan tulis surat kepada PM, KDN usul NFA - Rafizi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pujukan Jonassen bawa Iskandar Zulkarnain kembali ke BAM

Bernama
Bernama
30/09/2025
07:36 MYT
Pujukan Jonassen bawa Iskandar Zulkarnain kembali ke BAM
Iskandar Zulkarnain dilantik sebagai Ketua Jurulatih Perseorangan Wanita di Akademi Badminton Malaysia (ABM). - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Bekas pemain kebangsaan Iskandar Zulkarnain Zainuddin kembali ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia selepas menerima tawaran sebagai Ketua Jurulatih Perseorangan Wanita di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara.

Ringkasan AI
  • Iskandar Zulkarnain dilantik sebagai Ketua Jurulatih Perseorangan Wanita di Akademi Badminton Malaysia (ABM), hasil pujukan berterusan Pengarah Kejurulatihan Perseorangan ABM Kenneth Jonassen.
  • Beliau akan melatih 17 pemain termasuk sembilan pemain utama dan lapan pemain junior, dengan fokus kepada persiapan Sukan SEA di Thailand dan Kejohanan Remaja Dunia.
  • Bekas naib juara Masters Malaysia 2016 itu sebelum ini berkhidmat sebagai Ketua Jurulatih Perseorangan Ireland dan berjaya membantu dua pemain layak ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Iskandar Zulkarnain, 34, mengakui faktor terbesar kepulangannya adalah hasil pujukan berterusan Pengarah Kejurulatihan Perseorangan ABM Kenneth Jonassen yang tidak putus menghubunginya walaupun ketika itu beliau masih berkhidmat sebagai jurulatih di Ireland.
"Antara sebab utamanya ialah Jonassen. Beliau sendiri yang hubungi dan selalu maklumkan perkembangan terkini pada saya. Dari situ saya nampak kesungguhan beliau nak saya kembali. Saya sangat hargai perkara itu," katanya ketika ditemui pada hari kedua bertugas di ABM di sini hari ini.
Mengenai perancangannya, Iskandar Zulkarnain berkata kem perseorangan wanita akan menjalani latihan intensif serta berintensiti tinggi bagi meningkatkan ketahanan serta kelajuan permainan.
Beliau berkata sebanyak 17 pemain terdiri daripada sembilan perseorangan wanita utama dan lapan pemain junior menjalani latihan di bawah bimbingan beliau, dengan penekakan terhadap skuad senior menjelang Sukan SEA di Thailand pada Disember ini, manakala pemain junior akan beraksi di Kejohanan Remaja Dunia minggu depan.
Pada Jun lepas, BAM mengumumkan pelantikan Iskandar Zulkarnain sebagai ketua jurulatiah perseorangan wanita berikutan pengalaman luas di peringkat antarabangsa serta kemampuan dalam membentuk pemain lebih berkualiti.
Naib juara Masters Malaysia 2016 itu pernah memegang jawatan Ketua Jurulatih Perseorangan Ireland dan berjaya menunjukkan peningkatan ketara terutama dengan kejayaan dua pemain perseorangan termasuk Nhat Nguyen layak ke Sukan Olimpik Paris 2024.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BAM
#Iskandar Zulkarnain
#Kenneth Jonassen
#ketua jurulatih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan