awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Qabil Irfan berlumba di ESBK kategori Moto4 musim 2024

Bernama
Bernama
08/03/2024
10:47 MYT
Qabil Irfan berlumba di ESBK kategori Moto4 musim 2024
Qabail Irfan akan berlepas ke Sepanyol Ahad ini untuk mengikuti ujian pramusim pada 16 dan 17 Mac ini di Litar Jerez. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Pelumba cilik negara Qabil Irfan Azlan bakal berlumba dalam Kejuaraan Spanish Superbike (ESBK) bagi Kategori Moto4 bersama pasukan Sepanyol, VHC Frando Racing untuk musim penuh 2024.
Menurut kenyataan dikeluarkan ZK Racing, Juara Siri Dunia MiniGP 2023 itu akan berlepas ke Sepanyol Ahad ini untuk mengikuti ujian pramusim pada 16 dan 17 Mac ini di Litar Jerez dan akan kekal di sana bagi mengharungi perlumbaan pembukaan musim pada 6 dan 7 April ini.
"Kejuaraan ESBK akan diadakan sepanjang 7 pusingan. Kategori Moto4 ini merangkumi pelumba berusia 12 hingga 14 tahun dan akan bersaing di litar-litar di Sepanyol dan Portugal," menurut ZK Racing hari ini.
Selepas perlumbaan di Litar Jerez, Qabil dijadual meneruskan tunggangannya di Litar Valencia, Sepanyol (1 dan 2 Jun); Litar Estoril, Portugal (6 dan 7 Julai); Litar Catalunya, Sepanyol (27 dan 28 Julai); Litar Estoril, Portugal (31 Ogos dan 1 Sept); Litar Navarra, Sepanyol (26 dan 27 Okt) dan kembali ke Litar Jerez bagi menutup kempen 2024 pada 2 dan 3 Nov ini.
Pelumba berusia 12 tahun yang bernaung di bawah program pembangunan ZK Racing sejak 2020 dijangka turut serta pada Kejuaraan FIM MiniGP Siri Malaysia dalam kategori 190cc tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Qabil Irfan Azlan
#Kejuaraan Spanish Superbike
#Kategori Moto4
#VHC Frando Racing
#pelumba cilik negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan