awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Rahsia' Harimau Malaya dalam genggaman jurulatih Cape Verde

Bernama
Bernama
28/05/2025
08:15 MYT
'Rahsia' Harimau Malaya dalam genggaman jurulatih Cape Verde
Ketua jurulatih Cape Verde, Pedro Brito bercakap pada Sidang Media Aksi Perlawanan Tier 1 Malaysia vs Cape Verde di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya perlu berwaspada terhadap ancaman Cape Verde menjelang aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras malam esok.

Ringkasan AI
  • Malaysia akan berdepan Cape Verde dalam dua perlawanan persahabatan, iaitu pada 29 Mei di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur dan aksi tertutup pada 3 Jun di Stadium Nasional Bukit Jalil.
  • Cape Verde berada di ranking ke-72 dunia, jauh lebih tinggi daripada Malaysia yang berada di kedudukan ke-131, menjadikan perlawanan ini ujian penting buat Harimau Malaya.
  • Pemain Selangor FC, Alvin Fortes, telah berkongsi maklumat mengenai pasukan Malaysia kepada barisan kejurulatihan Cape Verde, yang bakal membantu mereka dalam persiapan menghadapi perlawanan.

Ketua jurulatih Cape Verde Pedro Brito mengakui pemain import Selangor FC Alvin Fortes yang kini berada dalam skuad bimbingannya telah berkongsi maklumat mengenai kekuatan pasukan kebangsaan kepada barisan kejurulatihan The Blue Sharks dari benua Afrika itu.
"Kami mempunyai pemain yang bermain di beberapa negara, dan kami gembira mempunyai pemain yang kini bermain di Malaysia.
"Sudah tentu dia (Fortes) berkongsi beberapa maklumat tentang bola sepak dan pasukan kebangsaan Malaysia. Bagaimanapun, tumpuan kami tetap tertumpu kepada persiapan sendiri untuk perlawanan esok dan akan datang," katanya pada sidang media praperlawanan di sini hari ini.
Sebagai rekod, skuad negara yang kini di ranking ke-131 dunia akan menentang Cape Verde yang menghuni ranking ke-72 dunia itu sebanyak dua kali iaitu di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras malam esok serta aksi tertutup di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 3 Jun.
Brito bagaimanapun menjangkakan perlawanan itu tidak akan berlangsung dengan mudah, selain menyuarakan keterujaan untuk bertemu Malaysia buat kali pertama.
"Ranking dunia bukan jaminan perlawanan mudah. Fokus kami adalah untuk menghadapi cabaran yang mendatang. Kami juga membawa masuk beberapa pemain muda yang menyertai pasukan buat kali pertama.
"Sebagai sebuah negara kecil, adalah penting untuk kita menghadapi pelbagai perlawanan bagi menimba pengalaman antarabangsa," katanya.
Beliau berkata, ia juga sebagai persiapan terbaik buat pasukan itu yang dalam rangka persiapan menghadapi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jurulatih Cape Verde
#perlawanan persahabatan
#harimau Malaya
#Pedro Brito
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami