awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rajagobal bangga dengan pasukan Harimau Malaya

Astro Awani
Astro Awani
23/03/2013
14:38 MYT
Rajagobal bangga dengan pasukan Harimau Malaya
Ketua jurulatih skuad senior kebangsaan, Datuk K. Rajagobal mengangkat tiga nama sebagai penyumbang utama kejayaan ke atas Yaman, pada Jumaat.
Mereka ialah kapten Safiq Rahim, Wan Zack Haikal Wan Noor dan Azamudin Akil yang disifatkannya paling konsisten dalam perlawanan tersebut.
“Beberapa pemain terutamanya Wan Zack Haikal dan Azamudin dilihat bermain dengan cemerlang disamping kesungguhan mereka yang tinggi", kata Rajagobal.
Selain itu, Safiq Rahim turut disifatkan sebagai pemain cemerlang disamping menggalas tanggungjawabnya sebagai ketua pasukan dengan cemerlang.
Rajagobal turut memuji kelibat Khyril Muhymeen Zambri dan Khairul Fahmi Che mat yang dilihat kosisten dalam melaksanakan tugas masing-masing.
Beliau meluahkan rasa bangga terhadap aksi keseluruhan anak buahnya walaupun barisan pertahanan sedikit goyah selain masih dibelenggu dengan masalah penyerang tulen.
“Secara keseluruhan saya sangat gembira dengan aksi persembahan pemain negara yang banyak menunjukkan peningkatan dalam permainan”, tambahnya.
Rajagobal ditemui pada sidang media selepas perlawanan yang memihak kepada Harimau Malaya 2-1 sekaligus menyalakan harapan untuk bersaing ke pusingan akhir kejohanan di Australia pada 2015.
Kini, Rajagobal dilihat mempunyai masa yang mencukupi sehingga Oktober bagi menyiapkan skuad negara bagi aksi seterusnya berdepan Skuad Bahrain.
Topic Berkaitan
#Datuk K. Rajagobal
#harimau Malaya
#Safiq Rahim
#wan zack haikal wan noor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan