Ikuti temubual Rashid Sidek bersama Shahrazad Sani.
Dalam pada itu, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menyokong perancangan Datuk Lee Chong Wei untuk memperlahankan rentak dalam saingan Siri Super tetapi masih mengharapkan jaguh dunia itu mencipta sejarah di Terbuka Malaysia.
Bagi BAM, tiada penghujung lebih baik penganjuran bertaraf Siri Super Premier daripada Chong Wei dinobatkan sebagai juara.
Jika senario itu menjadi realiti, Chong Wei akan bergelar juara Terbuka Malaysia buat kali kesepuluh.
Meskipun Chong Wei berkongsi hasrat sama seperti BAM di laman sendiri, realitinya dia bakal berdepan laluan mencabar.
Selain kemungkinan bertemu dua pemain China di peringkat separuh akhir, juara bertahan itu mungkin akan mencongak perhitungan akhir dengan juara Terbuka Korea , Chen Long sekali lagi.
BAM pada masa sama mengharapakn 2014 menjadi lembaran baru buat persatuan itu yang dipalit pelbagai kontroversi sejak peralihan pucuk kepimpinan tahun lalu.
Kualiti penganjuran Terbuka Malaysia kali ini diharap menjadi petanda terhadap usaha BAM kembali memartabatkan badminton Malaysia di dalam dan di luar gelanggang.