awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rexy Mainaky kembali ke BAM sebagai Timbalan Pengarah Kejurulatihan

Bernama
Bernama
25/10/2021
14:19 MYT
Rexy Mainaky kembali ke BAM sebagai Timbalan Pengarah Kejurulatihan
BAM telah melantik bekas juara dunia dan pemenang pingat emas Olimpik Atlanta Rexy Mainaky sebagai Timbalan Pengarah Kejurulatihan. - Foto Twitter @estywukak
KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah melantik bekas juara dunia dan pemenang pingat emas Olimpik Atlanta Rexy Mainaky sebagai Timbalan Pengarah Kejurulatihan.
BAM dalam satu kenyataan mengumumkan bahawa bekas pemain beregu lelaki Indonesia itu akan melaporkan diri di Akademi Badminton Malaysia (BAM) di Bukit Kiara pada 1 Dis, dan akan bekerja bersama Pengarah Kejurulatihan Wong Choong Hann.
Pakar beregu berusia 53 tahun itu diberikan tugas untuk menambah input teknikal kepada indeks prestasi dan akan secara khususnya menjaga pemain beregu dalam skuad kebangsaan dalam melihat dan meningkatkan lagi prestasi pemain beregu negara.
Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata pelantikan itu adalah sejajar dengan mempertingkatkan lagi progres yang telah dilakukan BAM sejak beberapa tahun ini dalam usahanya mencapai kejayaan.
"Rexy merupakan seorang jurulatih berpengalaman dan rekod perkhidmatan yang bagus. Beliau akan diberikan KPI (Petunjuk Prestasi Utama) khusus untuk menggiatkan dan terus meningkatkan motivasi pemain beregu muda negara.
"Saya teruja untuk melihat sumbangan yang akan beliau lakukan dalam meningkatkan lagi prestasi pasukan bersama Choong Hann dan keseluruhan kakitangan kejurulatihan pada ketika kita membina masa hadapan yang lebih kuat untuk badminton Malaysia," katanya dalam kenyataan hari ini.
Rexy yang merupakan ketua jurulatih Persatuan Badminton Thailand (BAT) sejak 2017, sebelum ini merupakan jurulatih pasangan beregu negara di BAM.
Ketika zaman kegemilangannya, Rexy bersama Ricky Subagja menjuarai Kejuaraan Dunia 1995 dan gelaran Olimpik 2016, selain memenangi tiga pingat emas Piala Dunia dan gelaran empat kali Piala Thomas antara 1994 hingga 2000.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rexy Mainaky
#BAM
#Persatuan Badminton Malaysia
#Timbalan Pengarah Kejurulatihan
#Olimpik
#bekas juara dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan