Tarian samba, pertunjukan bunga api dan suasana kemeriahan karnival Brazil menyelubungi Stadium Maracana pada Jumaat malam tatkala Rio menjadi tuan rumah Sukan Olimpik yang julung kali diadakan di Amerika Selatan.
Persembahan memaparkan keindahan dan keunikan kebudayaan Brazil membabitkan ribuan sukarelawan itu membuatkan kira-kira 70,000 penonton terpaku sambil siaran langsung acara pembukaan sukan berprestij itu dianggarkan ditonton tiga bilion penduduk seluruh dunia.
Acara penuh bertenaga selama empat jam itu bermula dengan nyanyian lagu kebangsaan Brazil, diikuti persembahan beberapa artis dengan koreografi diiringi cahaya laser dan pertunjukan bunga api, membawa mesej selamatkan hutan di negara itu dan planet daripada perubahan iklim.
Kalangan ketua negara termasuk Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu Ban Kim Moon, Presiden Perancis Francois Hollande dan Pemangku Presiden Brazil Michel Temer turut berada dalam suasana berpesta sebaik sahaja bermulanya pertunjukan bunga api dan persembahan penuh warna-warni oleh 5,000 sukarelawan.
Bagaimanapun, lima jam sebelum bermulanya upacara pembukaan, pasukan keselamatan menutup jalan dalam radius lima kilometer di sekeliling bangunan stadium ikonik dengan kapasiti 78,600 tempat duduk itu.
Dalam pada itu, terdapat sekumpulan kecil mengadakan protes di luar stadium, susulan kemelesetan di negara itu, dakwaan rasuah dan kos penganjuran temasya Sukan itu.
Upacara yang tidak menggunakan banyak teknologi canggih itu, susulan pemotongan bajet yang besar daripada US$113 juta pada awalnya kepada US$55.9 juta, tidak menghalang pengarah artistik Fernando Meirelles daripada mempersembahkan acara penuh gilang gemilang.
Malaysia memasuki stadium sebagai kontinjen ke-119 daripada 206 negara dan kontinjen 10 atlet yang mewakili pelarian dalam acara perbarisan itu.
Didahului jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei selaku pembawa bendera, kontinjen Malaysia dibarisi 32 atlet itu tampil bergaya mengenakan baju kurung dan baju Melayu warga jingga, lengkap dengan selendang dan samping dengan motif belang harimau.
Malaysia akan memulakan penyertaan dalam Olimpik ke-31 ini dengan azam untuk menamatkan penantian selama 60 tahun bagi pingat emas dan harapan disandarkan pada Chong Wei, yang membuat penampilan terakhir pada temasya itu sebagai tanda perpisahan.
Pasukan berbasikal negara tidak mengambil bahagian dalam acara perbarisan kerana dijadual tiba di Rio esok selepas sebulan menjalani latihan di Portugal.
Malaysia mengutip satu pingat perak menerusi Chong Wei dan satu pingat gangsa daripada ratu terjun negara Pandelela Rinong, dalam edisi sebelum ini di London empat tahun lepas.
Kontinjen negara memasuki stadium mengikut susunan abjad Portugis, sambil melambaikan tangan kepada penonton.
Sebelum bermulanya pembukaan rasmi Sukan itu, pemanah Korea Selatan, Kim Woo Jin telah mencipta rekod Olimpik dan rekod dunia apabila atlet itu memecahkan rekod recurve individu lelaki dengan mengumpul 700 mata daripada 72 anak panah.
Beliau memecahkan rekod dipegang rakan senegaranya Im Dong-Hyun dengan catatan 699 mata pada Olimpik London 2012.
Legenda bola sepak Pele tidak menyalakan obor Olimpik kerana ikon berusia 75 tahun dan pemenang Piala Dunia sebanyak tiga kali itu tidak sihat dan telah menjalani pembedahan di pinggang awal tahun ini.
Temer mengisytiharkan pembukaan Sukan itu dengan rasminya selepas Brazil selaku kontinjen terakhir memasuki stadium dengan disambut tepukan gemuruh penonton, selesai menyempurnakan perbarisan itu.
Pentas sudah bermula bagi 10,000 atlet untuk memburu kegemilangan dalam temasya selama 17 hari yang akan menutup tirai pada 21 Ogos.
Bernama
Sat Aug 06 2016
Majlis pembukaan Sukan Olimpik 2016 menyaksikan persembahan artis dengan koreografi diiringi cahaya laser dan pertunjukan bunga api, membawa mesej selamatkan hutan di negara itu dan planet daripada perubahan iklim. (Foto AP /Morry Gash)
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Kembangkan kandungan tempatan melalui AI
Menurut Setiausaha Agung Organisasi Kerjasama Digital (DCO) Deemah Al Yahya, terdapat 2.7 peratus daripada penduduk dunia tidak berhubung malah tidak mempunyai sambungan asas internet. Beliau turut berkata infrastruktur pengkomputeran setiap negara perlu mempunyai kemampuan untuk mengembangkan kandungan tempatan khususnya yang melibatkan penggunaan AI.
AI tidak dapat ganti guru
Menteri Pendidikan Rwanda, Gaspard Twagirayezu berkata kepesatan teknologi AI dalam pendidikan tidak dapat menggantikan guru malah membantu guru dalam menyediakan bahan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 April 2024.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia perlukan persaingan sihat dalam transisi ke Orde Baharu - Menteri Luar Arab Saudi
Menteri Luar Negeri Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud berkata dunia memerlukan persaingan sihat dalam transisi daripada Orde Dunia Lama kepada Orde Baharu. Jelasnya, persaingan ini akan memberi manfaat dalam bentuk kos pengeluaran lebih rendah, perkembangan inovasi dan pelaburan lebih baik. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Mata wang dolar AS dilihat menyusut sedikit berbanding mata wang utama yang lain.
COVID-19: Singapura longgar beberapa sekatan sosial
Jumlah jangkitan keseluruhan dan keadaan hospital sebahagian besarnya stabil dan bertambah baik.
'Phuket Sandbox' dijangka tarik lebih 600,000 pelancong, 15 bilion baht dalam 3 bulan
Pembukaan kembali pulau peranginan terkenal Phuket mulai 1 Julai dijangka menarik lebih 600,000 pelancong asing dan tempatan serta menghasilkan aliran tunai sekitar 15 bilion baht dalam tiga bulan.
Doktor Thailand desak tangguh pembukaan semula Phuket
Doktor terkemuka di Thailand hari ini mendesak kerajaan menangguhkan pembukaan semula pulau peranginan Phuket kepada pelancong yang telah divaksin.
Bursa Malaysia pulih kembali untuk dibuka lebih tinggi pagi ini
Pada jam 9.15 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.85 mata kepada 1,582.05 daripada 1,575.16 pada penutupan urus niaga Jumaat minggu lepas.
Bursa Malaysia dibuka rendah untuk seketika sebelum kembali meningkat
Dagangan di Wall Street telah didorong oleh sentimen positif daripada data pembuatan yang kukuh di seluruh dunia berserta penurunan hasil bon AS.
Tekun Nasional sasar buka 15 Tekun Mart seluruh negara tahun ini
TEKUN Mart memasarkan produk usahawan TEKUN secara terus tanpa orang tengah sekali gus mengatasi masalah usahawan mikro dalam memasarkan produk mereka ke pasar raya besar.
Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Menteri kewangan dan gabenor bank pusat dari negara-negara Kumpulan Tujuh diminta menyokong sepenuhnya pelan fiskal bagi meningkatkan pemulihan ekonomi yang berkekalan.
Bursa Malaysia dibuka rendah awal pagi ini, sentimen berhati-hati
Peserta pasaran mungkin mengurangkan aktiviti urus niaga masing-masing sebelum cuti hujung minggu yang panjang bermula.
COVID-19: Bursa Malaysia dijangka hadapi tekanan jualan pada pembukaan minggu
Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia, Nazarry Rosli berkata ia susulan peningkatan kes jangkitan COVID-19 kebelakangan ini.