BINTANG Bayern Munich, Arjen Robben, belum berhasrat untuk bersara daripada bola sepak antarabangsa walaupun mengakui ia boleh membantunya mengelakkan daripada ditimpa kecederaan yang boleh menggugat penampilannya pada permulaan musim ini.
Pemain antarabangsa Belanda itu terpaksa direhatkan selama enam minggu akibat masalah pangkal paha yang akan mengetepikannya daripada terlibat dengan program pra-musim bersama Bayern dan juga awal kempen Bundesliga.
Pemain berusia 32 tahun itu dibelenggu masalah kecergasan sepanjang kerjayanya.
Di sebalik ramai pemain yang seusia dengannya memikirkan untuk tidak lagi terlibat dengan aksi antarabangsa dengan memberi tumpuan kepada kelab, Robben menegaskan perkara itu bukan agendanya.
Ditanya sama ada dia pernah terlintas untuk bersara dari pentas antarabangsa, bekas pemain Real Madrid itu memberitahu Goal.com, "Tidak, tidak sama sekali. Belum lagi..
"Sudah tentu anda mempertimbangkan setiap situasi, terutama fizikal adalah satu isu bagi saya. Anda boleh berehat lebih lama (jika anda meninggalkan bola sepak antarabangsa), ia yang tindakan yang bagus, tetapi saya amat berbangga kerana dapat bermain untuk Belanda.
"Saya kapten pasukan dan ia adalah satu penghormatan untuk bermain untuk negara. Dan saya tidak mahu terlepas apa-apa."
Belanda gagal layak ke Euro 2016 dan Robben mendedahkan dia tidak menonton mana-mana perlawanan peringkat kumpulan di Perancis.
Tambahnya, "Ia tidak mudah semasa kejohanan berlangsung, apabila anda tahu anda tidak layak, ia mengecewakan..
"Saya tidak begitu menonton mana-mana perlawanan secara langsung, tetapi saya mengikuti kemajuan rakan-rakan Bayern dengan penuh minat. Apabila saya kembali, saya menonton beberapa perlawanan di peringkat kalah mati.
"Saya lebih suka untuk mempunyai masa berkualiti dengan keluarga saya. Kami telah bercuti di Amerika Syarikat untuk beberapa minggu tetapi saya mengikuti keputusan perlawanan. Sudah tentu."
Astro Arena
Tue Jul 19 2016
Pemain berusia 32 tahun ini dibelenggu masalah kecergasan sepanjang kerjayanya.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Robben bersara buat kali kedua
Kini ia sudah rasmi Robben mengambil keputusan mengantung kasut but buat kali kedua pada usia 37 tahun.
Arjen Robben umum persaraan
Arjen Robben, 35 tahun umum menamatkan kerjaya sebagai pemain bola sepak profesional.
Jaringan hebat Robben bantu Bayern
Pertahanan Leverkusen, Wendell, menjaringkan gol pembukaan pada minit kelima menerusi sepakan penalti di Allianz Arena.
Arjen Robben umum persaraan selepas gagal bawa Belanda ke Piala Dunia Rusia
Mula mewakili Belanda pada April 2003, Robben beraksi dalam 96 perlawanan dan meledak 37 jaringan.
Robben masih sayang jersi Belanda
Pemain antarabangsa Belanda itu terpaksa direhatkan selama enam minggu akibat masalah pangkal paha.
Arjen Robben mohon maaf kerana sengaja jatuhkan badan untuk penalti
Arjen Robben memohon maaf kerana tindakannya yang sengaja menjatuhkan badan dalam kotak penalti untuk mendapatkan penalti ketika menentang Mexico.
Larian Arjen Robben cecah 37km/j tetapi mengaku tidak sepantas Usain Bolt
Bintang Bayern Munich Arjen Robben yang dilaporkan mencatat kelajuan 37km/j ketika menentang Sepanyol.
Liga Juara-Juara: Bayern Munich muncul juara
Jaringan Arjen Robben di lewat permainan membantu Bayern Munich untuk muncul juara Liga Juara-Juara Eropah.