awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM mulakan siasatan dakwaan transaksi wang akaun pegawai kanan tentera
Pesawat Tentera Laut Mexico terhempas di Texas, lima maut, seorang hilang
Gangguan sistem penerbangan global jejas daftar masuk, naik pesawat di lapangan terbang Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ronaldo lepasi 500 gol liga ketika jaring empat gol atasi Al Wehda

Astro Arena
Astro Arena
10/02/2023
03:38 MYT
Ronaldo lepasi 500 gol liga ketika jaring empat gol atasi Al Wehda
Ronaldo menjaringkan keempat-empat gol untuk kelab baharunya itu mendahului Liga Pro Saudi menerusi perbezaan gol. - Stadium Astro
CRISTIANO RONALDO mencatat satu lagi pencapaian apabila dia menjaringkan gol liga ke-500 dalam kerjayanya yang luar biasa dalam kemenangan 4-0 Al Nassr ke atas Al Wehda.
Kapten Portugal itu, yang menyertai pasukan kendalian Rudi Garcia secara percuma selepas meninggalkan Manchester United, menjaringkan keempat-empat gol ketika kelab baharunya itu mendahului Liga Pro Saudi menerusi perbezaan gol.
Segar daripada membuka akaunnya untuk Al Nassr dalam keputusan seri 2-2 dengan Al Fateh kali terakhir, jaringan penting Ronaldo muncul pada minit ke-21 apabila dia melakukan rembatan rendah melepasi Abdulquddus Atiah.
Dia menggandakan kelebihan pelawat lima minit sebelum separuh masa, menyambar bola hantaran kemas sebelum menyumbat masuk ke dalam jaring.
Bekas penyerang Real Madrid dan Juventus itu menyempurnakan hatriknya dari sepakan penalti pada minit ke-53, sebelum mendapat gol keempatnya dan melengkapkan kemenangan hebat sejurus selepas tanda sejam.
Ronaldo dan Al Nassr kembali beraksi minggu hadapan, apabila mereka menyambut kedatangan Al Taawoun ke Stadium Universiti King Saud. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Cristiano Ronaldo
#Al Nassr
#Al Wehda
#liga Arab Saudi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan