awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Dua remaja lelaki mati ditembak di Amsterdam
Puspakom selaras Caj Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kenderaan kepada RM5 bermula Ahad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Safiq enggan terlepas kejuaraan Liga Super

Astro Arena
Astro Arena
29/06/2017
09:51 MYT
Safiq enggan terlepas kejuaraan Liga Super
SAFIQ: Kami sudah terlepas tiga piala, jadi saya berharap skrip itu tidak akan berlaku dalam mengejar kejuaraan Liga Super. - Foto BERNAMA
PEMAIN tengah Johor Darul Ta'zim (JDT), Safiq Rahim, tidak rela melihat kejuaraan Liga Super 2017 menjadi milik pasukan lain setelah skuad Harimau Selatan terlepas tiga piala musim ini.
JDT gagal mempertahankan gelaran Piala FA selepas tewas kepada Pahang dengan agregat 4-3 dalam aksi suku akhir.
Malah, JDT juga kempunan merangkul trofi Piala Sumbangsih selepas kecundang di tangan Kedah pada awal musim sebelum dikecewakan Ceres Negros dalam separuh akhir Zon ASEAN dalam Piala AFC musim ini.
Jika kempen Piala Malaysia sekali lagi tidak menjadi keutamaan JDT musim ini, kejuaraan Liga Super tampak satu-satunya harapan terakhir untuk menyelamatkan maruah selaku pasukan gergasi dalam Liga Malaysia.
"Kami sudah terlepas tiga piala, jadi saya berharap skrip itu tidak akan berlaku dalam mengejar kejuaraan Liga Super. Saya dan rakan sepasukan lain perlu bekerja keras bagi merealisasikannya," ujar Safiq.
Dengan kehadiran beberapa muka baru, JDT dilihat berada di landasan terbaik untuk mengulangi kejayaan musim ini.
"JDT adalah salah satu pasukan terbaik di Malaysia, jadi kami enggan gelaran itu diperkotak-katikkan. Kami di JDT mahukan keputusan yang baik dalam Liga Super, jadi saya berharap kejuaraan liga kekal di bumi Johor," tambahnya.
Topic Berkaitan
#Harimau Selatan
#JDT
#Johor Darul Ta'zim
#Liga Super 2017
#Piala FA
#Safiq Rahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan