awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sah! Machuca, Irazabal, Figueiredo, Holgado bergabung dengan Harimau Malaya

Astro Arena
Astro Arena
04/06/2025
11:10 MYT
Sah! Machuca, Irazabal, Figueiredo, Holgado bergabung dengan Harimau Malaya
Imanol Machuca, Jon Irazabal, Joao Figueiredo dan Rodrigo Holgado diperkenalkan kepada peminat tempatan apabila sudah menjalani sesi latihan di Stadium Nasional Bukit Jalil. - Stadium Astro
HARIMAU Malaya hari ini secara rasminya mengumumkan kehadiran empat lagi pemain warisan terbaharu skuad kebangsaan menjelang perlawanan bertemu Vietnam, 10 Jun ini.

Ringkasan AI
  • Empat pemain warisan sertai Harimau Malaya: Skuad kebangsaan mengumumkan kehadiran Imanol Machuca, Jon Irazabal, Joao Figueiredo dan Rodrigo Holgado menjelang perlawanan menentang Vietnam pada 10 Jun.
  • Sasaran kelayakan Piala Asia 2027: Pemain baharu ini membawa kepelbagaian posisi untuk membantu Malaysia mencapai kejayaan di peringkat Asia, dengan latihan telah berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
  • Pengalaman pemain di pentas antarabangsa: Irazabal bermain di liga Sepanyol bersama Sabah FK, Machuca mewakili Velez Sarsfield, Holgado mencatat lapan gol untuk America de Cali, dan Figueiredo menjaringkan 12 gol bersama Istanbul Basaksehir.

Skuad kendalian Peter Cklamovski memburu kemenangan pertama menentang Vietnam di halaman sendiri sejak 2010 selepas kali terakhir ialah 15 tahun lalu dalam saingan Piala AFF Suzuki.
Imanol Machuca, Jon Irazabal, Joao Figueiredo dan Rodrigo Holgado diperkenalkan kepada peminat tempatan apabila sudah menjalani sesi latihan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bagi membantu kem negara merealisasikan impian dalam Kelayakan Piala Asia 2027.
Selamat datang, Imanol Machuca, Jon Irazabal, Joao Figueiredo dan Rodrigo Holgado! Welcome to the team, Imanol Machuca, Jon Irazabal, Joao Figueiredo dan Rodrigo Holgado! #FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/BlR4isvjdG
— Malaysia NT (@malaysia_nt) June 4, 2025
Kemasukan tonggak-tonggak itu dengan posisi berbeza memberi nilai tambah demi memastikan hasrat peminat tempatan beraksi dalam kancah tertinggi Asia tercapai.
Irazabal, 28, bermain di bahagian pertahanan dan sudah berkelana di Eropah terutamanya liga Sepanyol dan bermain bersama Sabah FK.
Imanol, 25, merupakan pemain sayap kelahiran Roldan, Argentina dan kini mewakili kelab divisyen utama negara itu, Velez Sarsfield, secara pinjaman daripada kelab Brazil, Fortaleza.
Menurut laman transfermarkt, Holgado telah mencatatkan 22 penampilan bersamaan lapan gol bersama America de Cali musim ini.
Sebagai penyerang prolifik, Figueiredo yang mewakili Istanbul Basaksehir dalam liga Turkiye bermain hampir semua aksi dan merobek 12 jaringan setakat musim ini. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#harimau Malaya
#pemain warisan terbaharu
#Imanol Machuca
#Jon Irazabal
#Joao Figueiredo
#Rodrigo Holgado
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan