awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kulim Smart Care jadi platform pintar salur aduan
Naik taraf stadium hoki perkukuh prestasi atlet, pembangunan sukan Negeri Sembilan - Exco
Pembangunan kawasan PRTU: PPSB komited terhadap ketelusan, keselamatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Samassa, Rowley cemerlang bantu Tok Gajah benam Negeri Sembilan

Bernama
Bernama
16/10/2022
03:30 MYT
Samassa, Rowley cemerlang bantu Tok Gajah benam Negeri Sembilan
Ketua jurulatih Sri Pahang FC, Datuk Dollah Salleh memuji dua tonggak utama pasukannya yang beraksi cemerlang bagi membantu menewaskan Negeri Sembilan 2-0 di laman sendiri dalam saingan Liga Super, malam tadi. - Gambar fail BERNAMA
KUANTAN: Ketua jurulatih Sri Pahang FC, Datuk Dollah Salleh memuji dua tonggak utama pasukannya yang beraksi cemerlang bagi membantu menewaskan Negeri Sembilan 2-0 di laman sendiri dalam saingan Liga Super, malam tadi.
Beliau berkata, penjaga gol Mamadou Samassa dan pemain tengah David William Rowley menampilkan prestasi terpuji terutamanya Rowley yang baru sembuh daripada kecederaan.
"Mamadou memainkan peranan penting malam ini (tadi) apabila banyak menyelamatkan gawang daripada dibolosi dan Rowley hampir menjaringkan hatrik.
"Malah, semua pemain juga bermain lebih baik malam ini (tadi) berbanding semasa bertemu Sabah sebelum ini, mereka tidak melepaskan peluang untuk menjaringkan gol," katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan di Stadium Darul Makmur di sini.
Pada perlawanan itu, Rowley menceriakan skuad Tok Gajah apabila menjaringkan gol pertama pada minit ke-27 dengan menanduk masuk bola hasil hantaran Manuel Federico Hidalgo sebelum menambah jaringan pada minit ke-47.
Sementara itu, pengendali Negeri Sembilan, K. Devan mengakui Sri Pahang lebih berhak memenangi perlawanan berkenaan susulan anak buahnya mempamerkan prestasi di bawah tahap sebenar.
Beliau berkata pasukannya banyak memberi ruang kepada pihak lawan untuk menjaringkan gol, terutama bahagian pertahanan yang menampilkan aksi goyah. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sri Pahang FC
#Dollah Salleh
#Liga Super
#Mamadou Samassa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan