awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak sedia jadi tuan rumah SUKMA 2024 - Abang Johari

Bernama
Bernama
09/02/2023
12:06 MYT
Sarawak sedia jadi tuan rumah SUKMA 2024 - Abang Johari
Bagaimanapun, Abang Johari berkata, Kerajaan Persekutuan perlu memaklumkan perkara itu lebih awal sebagai persediaan negeri ini untuk memperbaiki serta menaik taraf kemudahan dan infrastruktur sukan sedia ada. - Foto fail Bernama
KUCHING: Sarawak bersedia menjadi tuan rumah penganjuran temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 sekiranya diberikan peluang untuk menggalas tanggungjawab berkenaan.
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan perlu memaklumkan perkara itu lebih awal sebagai persediaan negeri ini untuk memperbaiki serta menaik taraf kemudahan dan infrastruktur sukan sedia ada.
"Kita (Sarawak) akan agihkan peruntukan khas untuk pembangunan sukan...saya juga telah mencadangkan kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh semasa mengadakan pertemuan dengan beliau baru-baru ini agar penganjuran SUKMA berdasarkan penggiliran seperti di Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak.
"Kita juga mahu bersama-sama membangunkan sukan negara serta meningkatkan mutu atlet negara. Contohnya kita ada (ratu terjun negara) Datuk Pandelela (Rinong) dan (atlet powerlifting) Bonnie (Bunyau Gustin)," katanya.
SUKMA 2024 | Sarawak sedia jadi tuan rumah
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian insentif atlet SUKMA XX; MSN 2022; Sukan SEA Hanoi 2021; Sukan Para ASEAN 2022 di Solo, Indonesia dan Sukan Komanwel Birmingham 2022, di sini, hari ini.
Turut hadir, Menteri Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti negeri itu, Datuk Seri Fatimah Abdullah.
Abang Johari berkata penganjuran SUKMA seharusnya mempunyai standard dan konsistensi supaya Malaysia mampu melahirkan barisan atlet bertaraf antarabangsa.
"Untuk sukan seluruh negara sepatutnya kita ada satu modul standard...tidak boleh membatalkan mana-mana sukan sesuka hati," katanya.
Pada majlis itu, insentif wang tunai berjumlah RM755,000 telah diagihkan kepada atlet Sarawak yang berjaya memperolehi pingat dalam temasya sukan tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sarawak
#Tuan rumah SUKMA 2024
#Sukma 2024
#Abang Johari Tun Openg
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan