MELAKA: Rentak kemenangan bergaya tanpa bolos bakal menjadi azimat buat Sarawak United FC (SUFC) dalam menghadapi baki kempen Liga Premier.
Ketua jurulatihnya Elavarasan Elangowan berkata biarpun sukar, dia yakin anak buahnya mampu konsisten walaupun berdepan perlawanan yang lebih sukar selepas ini.
"Secara keseluruhan tiga mata yang dikutip malam ini (semalam) akan memberi keyakinan pada semua pemain untuk menghadapi perlawanan seterusnya.
"Jadi kami kena konsisten. Bukan selalu dapat rekod ini (tanpa bolos) sebab setiap perlawanan ada perbezaannya," katanya kepada pemberita selepas perlawanan semalam.
Semalam, SUFC menumpaskan Kuching City FC (KCFC) dengan keputusan 2-0 pada aksi yang berlangsung di Stadium Hang Jebat.
SUKAN-BOLA SEPAK (SARAWAK) 2 (AKHIR) MELAKA
Dalam aksi tersebut, Uche Agba membuka laluan kemenangan SUFC dengan membolos gawang lawan seawal minit ke-9.
Hasrat KCFC untuk mengekang SUFC sehingga wisel penamat ditiupkan terkubur apabila sekali lagi gawang mereka berjaya ditembusi Stuart Wilson Park pada minit ke-45.
"Pertahanan kami juga telah diuji sebaiknya. Begitu juga dengan kapten pasukan. Jadi sekurang-kurangnya kami tahu keadaan pasukan kami dalam menghadapi perlawanan seterusnya," katanya.
SUFC akan melayan kunjungan Terengganu FC II pada 21 Mac depan di Stadium Hang Jebat.
Sementara itu pembantu ketua jurulatih KCFC Sulaiman Hussin mengakui barisan hadapannya agak tumpul pada aksi semalam.
Katanya walaupun pasukan mereka mendapat lebih banyak peluang menjaringkan gol berbanding lawan, namun ia gagal disempurnakan.
"Pun begitu kami bangga dengan persembahan kali ini. Malah sepanjang tiga perlawanan dan cubaan mencari keserasian, inilah yang terbaik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 17 2021
SUFC menumpaskan Kuching City FC (KCFC) dengan keputusan 2-0 pada aksi yang berlangsung di Stadium Hang Jebat. - Foto Facebook/@sarawakunitedfcofficials
Pelumba pertama F3 Vietnam terima sentuhan bekas pelumba Malaysia
Pelumba Vietnam Alex Sawer Hoang Dat akan bersaing untuk pasukan perlumbaan Finland KIC Evans GP dalam pertandingan Formula Tiga FRECA (F3) 2024.
Penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa tipu kurangkan kadar kompaun
Seorang penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa atas pertuduhan menipu seorang lelaki untuk membantu mengurangkan kadar kompaun.
AWANI Ringkas: Faktor penyumbang tragedi helikopter terhempas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mesyuarat PAC 2024 MPOB teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan meneliti projek penyelidikan dan isu dalam industri sawit Malaysia.
Tidak tuntut nafkah, Adira faham keadaan Datuk Red
"Saya tidak mahukan apa-apa sebab saya tak nak susahkan lagi Datuk Red... dia pun tengah down. Kita doakan yang terbaik untuk dia."
Legenda badminton dunia berkumpul di Menara Eiffel
Chong Wei memberikan penghormatan khas kepada penganjur Perlawanan Paris 100 kerana menjemputnya ke perlawanan legenda badminton terbaik dunia.
Pengasas Mustika Ratu meninggal dunia pada usia 96 tahun
Pemergian Mooryati disifatkan kehilangan besar kepada Indonesia, khususnya dalam aspek pembangunan wanita, kecantikan dan kesihatan.
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Azerbaijan meminta Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk meneruskan kes yang menuduh Armenia menjalankan kempen penghapusan etnik, satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh selama berdekad-dekad konflik etnik mereka.
Ringgit meningkat semula berikutan dolar AS rendah pada sesi awal
Pada 9.05 pagi, ringgit naik kepada 4.7730/7780 berbanding dolar AS daripada 4.7785/7820 pada Selasa.
Bersih gesa lantik segera pengerusi baharu SPR
Bersih mendesak kerajaan supaya segera melaksanakan reformasi pelantikan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh dan meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
FAM sambut baik tawaran Tunku Ismail namun tetap pantau SNBJ
FAM menyambut baik dan menghargai perkenan Tunku Ismail menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di SNBJ.
Salah hilang bisa - Pengkritik bola sepak
Prestasi Liverpool jatuh mendadak apabila tewas menentang Atalanta dan Crystal Palace baru-baru ini.
UCL: Tandukan Andreas Christensen pacu Barcelona tewaskan PSG
Tandukan Andreas Christensen pada minit ke-77 pastikan kemenangan 3-2 menjadi milik Barcelona dalam perlawanan penuh debaran.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Adidas tarik penjualan jersi bola sepak nombor 44 Jerman
Badan induk bola sepak Jerman itu berkata ia sedang mencari reka bentuk alternatif untuk nombor 4 bersama rakan kongsinya, 11teamsports.
Saya kecewa, pengurusan Selangor tak beri peluang berbincang - Brendan Gan
Brendan akui kecewa dengan sikap pengurusan Selangor yang tidak memberi ruang perbincangan untuk membolehkannya kekal di kelab itu.