KUALA LUMPUR: Penerjun elit negara Nur Dhabitah Sabri berperang dengan masa untuk mencapai sasarannya beraksi dalam acara 10 meter (m) platform pada Sukan Asia Hangzhou 2022 dari 23 Sept hingga 8 Okt ini.
Berbaki kurang dua bulan, Nur Dhabitah berkata acara itu bukan antara pilihan jurulatihnya ketika ini disebabkan beliau masih dalam proses pemulihan daripada kecederaan pergelangan tangan kiri.
Namun, atlet berusia 24 tahun itu menegaskan tetap mahu bertanding dalam acara tersebut sama ada individu ataupun seirama wanita bergandingan bersama Datuk Pandelela Rinong sekiranya berada pada tahap terbaik.
"Perancangan jurulatih adalah 1m papan anjal individu, 3m papan anjal individu dan seirama, dia tak masukkan 10m platform tetapi saya katakan saya mahu acara itu.
"Dia kata bergantung keadaan tangan, jika saya boleh buat mungkin satu acara perlu ditolak kerana empat terlalu banyak, saya bukan berumur 20 tahun lagi," katanya ketika ditemui pada sesi latihan skuad terjun di Pusat Akuatik Nasional di Bukit Jalil di sini, baru-baru ini.
Beliau mengakui merindui aksi 10m platform yang menyaksikan pingat gangsa seirama wanita di Kejohanan Dunia 2022 menjadi pencapaian tertinggi diraihnya setakat ini dalam acara itu, selain merangkul dua perak di Sukan Komanwel, satu gangsa di Sukan Asia dan dua emas di Sukan SEA dalam acara sama.
"Ketika saya sertai skuad kebangsaan jurulatih sebelum ini terus latih saya untuk 10m dan 3m, ia seperti darah daging saya, ada ketika saya rasa 10m lebih mudah dan esoknya 3m lebih mudah, sekurang-kurangnya saya ada pilihan di situ," katanya.
Nur Dhabitah berkata jurulatihnya optimis beliau berpeluang besar dalam acara 1m individu wanita sekiranya mampu meningkatkan darjah kesukaran terjunan, sekali gus belum mempunyai pilihan jika perlu menggugurkan salah satu acara.
Usai Kejohanan Dunia di Fukuoka, Jepun bulan lepas, Nur Dhabitah yang mengalami kecederaan sejak beberapa bulan hanya membuat terjunan daripada ketinggian 5m sambil berharap dapat ke paras 7m diikuti 10m secepat mungkin.
"Doktor hanya memberi nasihat dan jangkaan bila saya akan pulih sepenuhnya, tetapi ia bergantung kepada keadaan tubuh saya.
"Sekarang buat 5m rasa sakit dah kurang, kalau betul-betul kuat baru saya akan naik 7m dan 10m. Rasa sakit itu bila impak daripada entry, rasa sakit tu akan 'tarik' sampai ke bahagian atas sehingga jadi kebas," kata atlet kelahiran Kuala Lumpur itu.
Hangzhou 2022 bakal menjadi penampilan ketiganya berturut-turut di pentas Sukan Asia sejak edisi 2014 di Incheon, Korea Selatan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 09 2023
Nur Dhabitah mengakui merindui aksi 10m platform yang menyaksikan pingat gangsa seirama wanita di Kejohanan Dunia 2022. - Gambar fail/BERNAMA
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
Sukan Asia: Nur Dhabitah-Wendy pertahan perak
Nur Dhabitah Sabri-Wendy Ng mencuri tumpuan selepas menghadiahkan pingat perak dalam acara 3 meter (m) papan anjal seirama wanita.
Sasar beraksi 10m platform di Hangzhou, Dhabitah berperang dengan masa
Nur Dhabitah Sabri berperang dengan masa untuk mencapai sasarannya beraksi dalam acara 10 meter (m) platform pada Sukan Asia Hangzhou 2022.
Kecederaan jejas impian Nur Dhabitah raih tiket ke Paris 2024 lebih awal
Kecederaan pergelangan tangan telah meragut impian penerjun elit negara Nur Dhabitah Sabri untuk mencipta kegemilangan pada Kejohanan Akuatik Dunia 2023 di Fukuoka, Jepun.
Kejohanan Dunia: Pandelela-Dhabitah raih gangsa 10m platform seirama
Gandingan Pandelela-Dhabitah berjaya mengumpul 298.68 mata selepas melakukan lima terjunan secara keseluruhan.
Nur Dhabitah fokus seimbang pelajaran, kerjaya
Atlet terjun negara Nur Dhabitah Sabri akan berusaha untuk menyeimbangkan aspek pembelajaran dan kerjaya sebagai atlet selepas menyambung pengajian.
Tokyo 2020: "Senyuman awak ada orang jaga?" Jawapan Nur Dhabitah buat ramai terkejut
"Maksudnya, senyuman itu, sudah ada yang special tak yang akan jaga senyuman tu?"
Penampilan paling cemerlang pada Sukan Asia 2018 - Nur Dhabitah
Penerjun wanita negara, Nur Dhabitah Sabri menyifatkan kejayaannya meraih satu perak dan dua gangsa pada penampilan kedua Sukan Asia kali ini adalah yang terbaik sepanjang bergelar atlet kebangsaan.
Dhabitah-Jun Hoong bantu skuad terjun Malaysia raih slot ketujuh Sukan Olimpik
Skuad terjun negara meneruskan aksi cemerlang selepas menempah slot ketujuh ke Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil pada Ogos.