awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Ukraine-Rusia: Trump, Zelensky dakwa capai kemajuan dalam perbincangan di Florida
Polis buru ‘Ramesh’ dan ahli kumpulan jenayah terancang
16 warga emas maut dalam kebakaran rumah jagaan di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Saya akan bangkit semula' - Jojo

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
08/06/2024
11:46 MYT
'Saya akan bangkit semula' - Jojo
Jaguh Muay Thai negara, Muhamad Johan Ghazali Zulfikar atau Jojo berikrar untuk bangkit semula selepas mengalami kekalahan pertamanya dalam aksi ONE 167 di Bangkok, Thailand, hari ini. - Foto ONE
KUALA LUMPUR: Jaguh Muay Thai negara, Muhamad Johan Ghazali Zulfikar atau Jojo berikrar untuk bangkit semula selepas mengalami kekalahan pertamanya dalam aksi ONE 167 di Bangkok, Thailand, hari ini.

Ringkasan AI
  • Jaguh Muay Thai negara dan bintang One Championship, Muhamad Johan Ghazali Zulfikar atau Jojo berikrar untuk bangkit semula selepas mengalami kekalahan pertamanya dalam ONE Championship di Impact Arena di Bangkok, Thailand.
  • Jojo berkata menang atau kalah merupakan sebahagian daripada adat pertandingan.

Bintang muda kelahiran Sarawak berusia 17 tahun itu tewas kepada petinju Vietnam, Nguyen Tran Dhuy Nhat menerusi keputusan sebulat suara (unanimous decision), selepas tiga pusingan.
Menerusi kenyataan dikeluarkan ONE Championship, Jojo berkata menang atau kalah merupakan sebahagian daripada adat pertandingan.
‘’Saya pernah kalah sebelum ini, kekalahan adalah sebahagian daripada adat resam perlawanan.
‘’Jangan menilai saya atau kemenangan (direkodkan), nilailah saya tentang bagaimana saya boleh bangkit semula daripada kekalahan itu,’’ katanya.
Di sebalik kekalahan itu, kesungguhan yang ditonjolkan Jojo dalam pertarungan tersebut membuktikan dia berjaya memberikan saingan yang hebat kepada jaguh Vietnam yang berusia 35 tahun itu.
Antara aksi perlawanan antara Jojo dan Nguyen di Impact Arena, Bangkok, Thailand. FOTO: ONE Chamionship
Antara aksi perlawanan antara Jojo dan Nguyen di Impact Arena, Bangkok, Thailand. FOTO: ONE Championship
Meskipun Jojo cuba memberi saingan sengit dengan memberi serangan bertubi-tubi, namun ternyata pengalaman dimiliki Nguyen membolehkan dia ‘membaca’ dan menepis setiap serangan yang dilancarkan oleh Jojo.
‘’Ia adalah sesuatu yang mengecewakan kerana Nguyen bijak membaca taktikal kerana dia memiliki banyak pengalaman.
‘’Dia juga bijak dengan strateginya, dia dapat meramalkan apa bentuk serangan yang akan saya lancarkan sebelum ia dilancarkan,’’ tambahnya.
Jojo memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas kekalahan ini dan berjanji akan bangkit semula. FOTO: ONE Championship
Jojo memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas kekalahan ini dan berjanji akan bangkit semula. FOTO: ONE Championship
Pada masa sama, Jojo turut menzahirkan ucapan maafnya kepada seluruh rakyat Malaysia di atas kekalahannya pagi tadi.
‘’Saya memohon maaf kepada semua peminat di Malaysia, ada yang sanggup datang ke Bangkok untuk menyaksikan perlawanan ini.
‘’Saya merasakan setiap sokongan yang diberikan anda, teruskan menyokong saya, saya akan kembali,’’ katanya lagi.
Sementara itu, Nguyen berkata Jojo memiliki potensi yang besar untuk bergelar juara dunia ONE di masa akan datang.
Ujarnya, Jojo masih muda dan dengan prestasi dipamerkan, kejuaraan pasti berpihak kepadanya suatu hari nanti.
‘’Jojo masih muda dan kuat, dia memiliki strategi yang mantap dan pastinya akan menjadi juara dunia ONE Championship,’’ katanya ringkas.
Topic Berkaitan
#Jojo
#Muay Thai
#Thailand
#Nguyen
#ONE Championship
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan