awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Saya hampir kembali menyertai Manchester United', kata Evra

Astro Arena
Astro Arena
04/02/2017
03:47 MYT
'Saya hampir kembali menyertai Manchester United', kata Evra
Evra mengadakan perbincangan dengan Mourinho bagi merealisasikan hasrat pulang United. - Foto Reuters
PATRICE EVRA mendedahkan dia hampir kembali menyertai Manchester United namun berkata ada seseorang di kelab itu yang menyekat hasratnya untuk kembali ke Old Trafford.
Bek kiri Juventus itu sebaliknya berhijrah ke Marseille ketika jendela perpindahan Januari namun ia selepas dia dikaitkan dengan United.
Pemain berusia 35 tahun itu beraksi bersama The Red Devils pada tahun 2006 hingga 2014, membantu kelab itu meraih kejuaraan Liga Perdana Inggeris sebanyak lima kali di samping Liga Juara-Juara Eropah.
Dia mengadakan perbincangan dengan Mourinho bagi merealisasikan hasrat pulang United namun pemain antarabangsa Perancis itu sedar perkara itu tidak akan berlaku.
"Saya hampir kembali menyertai mereka,"Evra memberitahu Sky Italia selepas singgah sebentar di kem Juventus bagi menemui bekas rakan sepasukannya.
"Saya ada bercakap dengan Mourinho tetapi ada seseorang -- yang namanya enggan didedah Evra -- yang tidak gemar dengan idea saya kembali ke United.
"Namun setelah menyedari perkara itu tidak akan berlaku jadi saya meminta ejen saya untuk mencari pasukan lain.
"Marseille dengan segera menarik minat saya dengan projek mereka.
"Kami menghabiskan masa tidak sampai sehari untuk menokhtahkan perjanjian."
Topic Berkaitan
#Manchester United
#old traffod
#Patrice Evra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan