awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki ditahan lakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam
Arsenal sahkan Mikel Merino akan jalani pembedahan kaki
Olivia Dean dinobatkan Artis Baharu Terbaik di Anugerah Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saya hampir putus asa - Neymar dedah kecederaan ACL hampir paksa dirinya bersara

Astro Arena
Astro Arena
22/11/2024
01:00 MYT
Saya hampir putus asa - Neymar dedah kecederaan ACL hampir paksa dirinya bersara
Neymar, 32 tahun, mendedahkan bahawa, usianya menjadikan proses pemulihannya lebih sukar. - Gambar fail
NEYMAR mengakui terlintas mempertimbangkan untuk bersara selepas mengalami kecederaan ligamen anterior cruciate (ACL) ketika mewakili Brazil tahun lalu.
Penyerang Al-Hilal itu hanya bermain 29 minit sejak Oktober lalu, apabila dia mengalami kecederaan lutut yang serius semasa kekalahan 2-0 kepada Uruguay dalam kelayakan ke Piala Dunia 2026.
Bekas bintang Barcelona dan Paris Saint-Germain itu kembali sebagai pemain gantian dalam kemenangan 3-0 ke atas Esteghlal dari Iran dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) awal bulan ini, namun dia mengalami kecederaan hamstring dan kini dijangka diketepikan sehingga pertengahan Disember.
Bercakap semasa temu bual untuk dokumentari baharu Netflix Saudi Pro League: Kickoff, pemain berusia 32 tahun itu berkata kecederaan ACL dialaminya adalah yang paling teruk.
"Setiap hari apabila saya bangun, saya mahu berputus asa," katanya dalam dokumentari itu. “Saya akui, kecederaan itu adalah yang paling menggemparkan saya dalam karier saya.
"Saya benar-benar sedih, dan sangat sedih daripada segi mental pada bulan pertama. Saya tahu ia adalah kecederaan serius dan jangka panjang. Berada di tepi padang adalah sukar.
"Saya mahu membengkokkan lutut saya secepat mungkin supaya saya dapat memulihkan pergerakan saya dan menghilangkan rasa sakit."
Neymar kemudian mendedahkan usianya menjadikan pemulihannya lebih sukar, sambil menambah, "Jika anda tidak mempunyai orang yang anda sayangi di sisi anda, keluarga anda, rakan anda, maka sukar untuk kembali daripada kecederaan seperti ini.
"Ia benar-benar mengganggu fikiran dan badan anda. Saya tidak lagi berusia 20 tahun, saya berusia 31 tahun ketika ia berlaku. Saya sangat bersyukur kerana ada rakan dan keluarga saya."
Topic Berkaitan
#Neymar
#ACL
#Al-Hilal
#Brazil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan