awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
Balu Tun Daim fail larangan bersuara terhadap Anwar Ibrahim
Hakim AS sekat usaha pentadbiran Trump tamatkan perlindungan ke atas 350,000 rakyat Haiti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saya mampu harungi tiga perlumbaan berturut-turut - F1 tidak cukup mencabar buat Hamilton

Astro Arena
Astro Arena
07/06/2019
00:56 MYT
Saya mampu harungi tiga perlumbaan berturut-turut - F1 tidak cukup mencabar buat Hamilton
Penyandang juara itu melalui permulaan kempen 2019 dengan baik, memenangi empat daripada enam perlumbaan pertama. - Gambar fail/REUTERS
LEWIS Hamilton percaya Formula Satu (F1) sepatutnya memenatkan seperti larian maraton tatkala pelumba Mercedes itu mendakwa dia mampu melalui tiga perlumbaan sebelum berhenti.
Penyandang juara itu melalui permulaan kempen 2019 dengan baik, memenangi empat daripada enam perlumbaan pertama untuk meraih 17 mata sebelum mendahului senarai pelumba mengatasi rakan sepasukan, Valtteri Bottas, yang menyainginya dalam baki dua aksi.
Menjelang perlumbaan Grand Prix Kanada hujung minggu ini, di mana dia memenanginya enam kali sebelum ini, Hamilton menegaskan kepercayaannya bahawa perlumbaan era moden terlalu mudah untuknya.
"Anda hanya penat secara fizikal selepas perlumbaan, ia seharusnya seperti maraton," katanya.
"Saya mungkin mampu mengharungi dua atau tiga perlumbaan sekaligus dan F1 tidak sepatutnya begitu.
"Ia adalah sukan dewasa dan ramai pelumba muda hadir, jadi agak mudah untuk mereka melaluinya.
"Namun, saya fikir ia harus lebih mencabar fizikal dan mungkin itu menjadi sebab ramai pelumba mampu mengharungi saingan dalam tempoh lama kerana kami boleh melaluinya."
Dan Hamilton peraya perubahan peraturan dalam beberapa musim terakhir menjadi kerugian buat sukan itu.
"Jika anda melihat dalam tempoh 12 tahun terakhir, mereka sentiasa mengubah syarat buat jentera, meningkatkan kos, menambahkan pengambil-alihan dan saya fikir secara umum, ia bukan keputusan baik," tambahnya.
"Media telah mengawalnya sekarang dan anda masih memikirkan isu sama. Orang ramai tidak gembira, masih wujud jurang di antara pasukan kaya dan bawahan."
Topic Berkaitan
#F1
#Grand Prix
#Lewis Hamilton
#Mercedes
#Petronas
#sukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan