SUKAN
'Saya menangis ketika buat keputusan' - Son, Tottenham berpisah selepas 10 tahun

Pemain kebangsaan Korea Selatan berusia 33 tahun itu memacu kajayaan trofi pertama Tottenham selepas 17 tahun apabila meraih gelaran Liga Europa (UCL) baru-baru ini. - Gambar/ Stadium Astro
KAPTEN Tottenham Hotspur, Son Heung-min, mengucapkan selamat tinggal selepas 10 tahun menyumbangkan khidmat buat kelab itu.
Ringkasan AI
- Kapten Tottenham, Son Heung-min, mengumumkan pengunduran selepas 10 tahun bersama kelab itu, dengan pencapaian tertinggi membantu Spurs meraih trofi Liga Europa (UCL), trofi pertama kelab dalam 17 tahun.
- Sepanjang bersama Spurs sejak 2015, Son mencatat 454 penampilan, menjaringkan 173 gol dan mencipta 101 bantuan jaringan, menjadikannya antara pemain paling berpengaruh dalam sejarah kelab.
- Dalam kenyataan emosinya, Son menyifatkan keputusan meninggalkan kelab sebagai paling sukar dalam kariernya, mengenang perjalanan dari seorang remaja 23 tahun yang tidak fasih berbahasa Inggeris kepada seorang lelaki dewasa yang bangga dengan pencapaiannya.
"Saya telah memutuskan untuk meninggalkan pasukan, saya fikir ia adalah salah satu keputusan paling sukar yang pernah saya lakukan dalam karier bola sepak saya.
"Bermain bola sepak dan bersama satu pasukan selama 10 tahun adalah sesuatu yang sangat saya banggakan, tetapi saya fikir saya memberikan segalanya kepada pasukan setiap hari," katanya.
"Saya menangis ketika memikirkan keputusan ini, saya datang ke sini sebagai budak berusia 23 tahun, sangat muda datang ke London dan tidak tahu bercakap bahasa Inggeris dan kini pulang sebagai lelaki dewasa yang saya bangga," katanya. - Stadium Astro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami