awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pusat Kewangan Antarabangsa dilancarkan di tengah Vietnam
Indonesia sekat sementara akses Grok susulan kebimbangan kandungan deepfake AI
Washington, Caracas jayakan operasi bawa pulang kapal tangki Minerva ke perairan Venezuela
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor berhasrat anjur Sukan Perpaduan Islam 2029 secara gilang-gemilang

Bernama
Bernama
22/11/2025
23:30 MYT
Selangor berhasrat anjur Sukan Perpaduan Islam 2029 secara gilang-gemilang
Mohd Nasir (kanan) dan Mohd Najwan (tengah) menerima bendera ISSA daripada Putera Abdulaziz (kiri) di Stadium Universiti Princess Nourah Bint Abdulrahman, Riyadh, Arab Saudi, 21 Nov 2025. - Foto ANOC/Majlis Olimpik Malaysia
KUALA LUMPUR: Malaysia menerusi negeri Selangor berhasrat untuk menganjurkan Sukan Perpaduan Islam 2029 dalam suasana gilang-gemilang, kata Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Mohd Nasir Ali.
Beliau berkata memandangkan ia detik penting dalam pergerakan sukan Islam di Malaysia, MOM berharap dapat bekerjasama rapat dengan Selangor dan Persatuan Sukan Perpaduan Islam (ISSA) dalam menganjurkan temasya sukan berkenaan yang akan ditambah nilai dengan hospitaliti Malaysia.
"Bagi pihak Presiden MOM dan Naib Presiden Majlis Olimpik Asia bagi zon Asia Tenggara Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, kami ingin merakamkan penghargaan kepada ISSA di bawah kepimpinan Putera Abdulaziz Turki Al-Faisal kerana memberi kepercayaan kepada Malaysia dan Selangor untuk menganjurkan Sukan Perpaduan Islam ketujuh pada 2029," katanya dalam kenyataan semalam.
ISSA pada 8 Okt telah menganugerahkan hak penganjuran Sukan Perpaduan Islam 2029 kepada Malaysia dan Selangor ketika perhimpunan agung ke-14 persatuan itu.
Sementara itu, majlis penyerahan penganjuran telah diadakan semasa majlis penutup Sukan Perpaduan Islam keenam di Stadium Universiti Puteri Nourah Binti Abdulrahman di Riyadh, Arab Saudi pada Jumaat.
Dalam segmen terakhir majlis itu, Naib Presiden Jawatankuasa Olimpik dan Paralimpik Saudi (SOPC) merangkap pengerusi jawatankuasa penganjur tertinggi Sukan Perpaduan Islam keenam, Putera Fahd Jalawi Abdulaziz Musaed telah menyerahkan bendera ISSA kepada Putera Abdulaziz.
Seterusnya, Putera Abdulaziz menyerahkan bendera ISSA kepada Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor Mohd Najwan Halimi serta Mohd Nasir, yang secara rasmi menandakan penyerahan tanggungjawab untuk menganjurkan Sukan Perpaduan Islam edisi seterusnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sukan Perpaduan Islam 2029
#Majlis Olimpik Malaysia
#Hospitaliti Malaysia
#ISSA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan