Selangor meneruskan kemaraan selepas menewaskan Sabah tiga jaringan tanpa balas dalam aksi pusingan kedua di Likas.

Bermain seawal jam 3.45 petang tidak menjejaskan semangat anak-anak buah Irfan Bakti dalam usaha memburu kemenangan.

Namun, skuad Merah Kuning hanya berjaya membuka tirai jaringan pada babak kedua, menerusi tonggak import Francis Forkey Doe pada minit ke-47.

Lima minit kemudian, Raimi Md Nor melebarkan jurang gol pelawat

Meskipun pasuka pelawat cuba bangkit, Selangor terus mendominasi perlawanan. Hasilnya, Doe meraih jaringan keduanya, ketika perlawanan berbaki tiga minit.
Selangor kini akan menanti pemenang antara Kedah dan Johor Darul Takzim di suku akhir.