awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selepas KO-kan Askren 5 saat, Masvidal kini mahukan McGregor

Hilmi Ismail
Hilmi Ismail
13/07/2019
11:12 MYT
Selepas KO-kan Askren 5 saat, Masvidal kini mahukan McGregor
Tanpa berselindung, Masvidal ternyata mahukan pertarungan antara dirinya dengan jaguh MMA dari Ireland, Conor McGregor menjadi kenyataan. - Gambar Instagram/@gamebredfighter/@thenotoriousmma
SEBAGAI petarung seni bela diri (MMA) di UFC, 'saham' Jorge Masvidal melonjak naik selepas berjaya memenangi dua pertarungan terakhirnya menerusi 'knockout' (KO) yang begitu bergaya.
Masvidal berjaya menewaskan petarung muda dari England, Darren Till dan petarung berpengalaman, Ben Askren yang juga bekas juara di Bellator MMA dan ONE Championship.
Sejak kemenangan tersebut, Masvidal sememangnya tidak menyembunyikan hasrat untuk bertarung bagi mendapatkan kejuaraan bagi divisyen welterweight.
Namun kecederaan penyandang kejuaraan, Kamaru Usman dan juga persaingan antara petarung lain yang juga sedang melobi untuk mendapatkan pertarungan kejuaraan seperti Colby Covington dan Tyron Woodley, membuatkan Masvidal terfikir untuk pertarungan yang lain terlebih dahulu.
BACA: Bekas juara ONE Championship, Ben Asken tewas dalam 5 saat
BACA: KO 5 saat: 'Lutut terbang' memang strategi Masvidal buat Askren
"Ada petarung lain yang saya minat untuk bertarung," kata Masvidal ketika menjadi tetamu di rancangan radio 'The Dan Le Batard Show'.
"Pertarungan itu kalau dapat dibuat, memang akan terjual dengan banyak sekali dan saya akan dibayar dengan jumlah wang yang banyak dan layak saya menerimanya.
"Jika pertarungan itu menjadi kenyataan, saya akan betul-betul bertarung dan akan menghiburkan semua peminat, kerana saya tidak pernah menarik diri dari apa-apa pertarungan," katanya.
Tanpa berselindung, Masvidal ternyata mahukan pertarungan antara dirinya dengan jaguh MMA dari Ireland, Conor McGregor menjadi kenyataan.
"Saya mahu (Conor) McGregor. Saya mahu pecahkan mukanya. Saya akan mendapat gaji yang banyak bagi pertarungan yang mudah.
"Dia seperti ada simbol wang tunai tertulis pada mukanya. Secara jujurnya, saya tidak melihat dia boleh menang pertarungan ini," kata Masvidal lagi.
Sejak kelahan McGregor ditangan Khabib Nurmagomedov pada Oktober tahun lepas, ramai petarung yang mencabar McGregor untuk bertarung.
Antara faktornya adalah daya tarikan 'superstar' yang ada pada McGregor yang sudah semestinya akan menarik minat ramai penonton sekali gus menjana keuntungan berjuta-juta.
Topic Berkaitan
#Ben Askren
#Conor McGregor
#Jorge Masvidal
#Khabib Nurmagomedov
#KO 5 saat
#Mixed Martial Arts
#MMA
#seni bela diri campuran
#The Dan Le Batard Show
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan