awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekatan perpindahan pemain Kelantan TRW ditarik balik - MFL
Moksu Bedak Sejuk maut dilanggar kereta
OIC, negara Islam kecam pelanggaran gencatan senjata oleh Israel di Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semua pemain miliki tugas khas dalam skuad kebangsaan - Safiq

Astro Arena
Astro Arena
16/03/2022
10:39 MYT
Semua pemain miliki tugas khas dalam skuad kebangsaan - Safiq
Keterujaan perkataan pertama daripada Safiq sebaik ditanya tentang kemunculan semula selepas kali terakhir bersama skuad negara ketika era Nelo Vingada.- Astro Arena
KEMUNCULAN semula pemain tengah berpengalaman, Safiq Rahim, umpama ada resipi rahsia yang sedang direncana ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon.
Lima tahun tanpa kelibat pemain itu dalam skuad kebangsaan tidak banyak perubahan ketara terutama melibatkan barisan tengah skuad negara.
Dan kemunculan semula itu umpama petanda, ada tugasan khas Safiq buat skuad negara.
Safiq hanya tersenyum apabila diajukan apa tugasan khas yang disediakan oleh Pan-gon untuknya.
"Semua pemain memiliki tugas yang telah ditetapkan oleh ketua jurulatih, semua pemain memiliki tanggungjawab yang sama. Jika saya dapat memberikan yang terbaik, saya mungkin dapat diberikan peluang beraksi," kata Safiq.
Tegasnya lagi, ia hanya melibatkan penilaian pengendali kelahiran Korea Selatan itu yang nampaknya percaya dengan apa yang mampu ditawarkan bersama skuad negara.
Keterujaan perkataan pertama daripada Safiq sebaik ditanya tentang kemunculan semula selepas kali terakhir bersama skuad negara ketika era Nelo Vingada.
Safiq meninggalkan skuad negara ketika masih memegang tugasan kapten, namun dia tidak mengharapkan tugasan itu kembali diserahkan kepadanya.
Topic Berkaitan
#Safiq Rahim
#Kim Pan-gon
#harimau Malaya
#skuad kebangsaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan