awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sergio Busquets tinggalkan Barcelona akhir musim ini

Astro Arena
Astro Arena
11/05/2023
03:52 MYT
Sergio Busquets tinggalkan Barcelona akhir musim ini
Busquets berada di ranking ketiga dalam senarai penampilan terbanyak dan telah merangkul lapan gelaran liga. - Foto Astro ARENA
SERGIO Busquets akan meninggalkan Barcelona pada musim panas ini dan secara tidak langsung menamatkan kerjasama mereka selama 18 tahun.
Pemain berusia 34 tahun itu -- yang menyertai pasukan remaja Catalan pada 2005 -- membuat penampilan sulung dalam skuad utama pada 2008 dan kini memutuskan untuk berpindah selepas menolak tawaran kontrak baru.
“Masanya telah tiba untuk mengumumkan bahawa ini akan menjadi musim terakhir saya bersama Barca,” katanya dalam video perpisahan yang dikeluarkan oleh Barcelona.
“Ini adalah satu perjalanan yang tidak dapat dilupakan. Saya sentiasa bermimpi untuk bermain dengan menyarung jersi, di stadium ini dan ia telah melangkaui segala impian saya.
“Saya tidak akan percaya jika anda memberitahunya ketika saya tiba sebagai pemain remaja -- bahawa saya akan beraksi 15 musim di kelab terbaik di dunia ini dan melepasi 700 perlawanan.
A Barça legend says goodbye. #5ergioUnic pic.twitter.com/SWlDN2GtA2
— FC Barcelona (@FCBarcelona) May 10, 2023
“Ia adalah satu penghormatan, impian, sumber kebanggaan dan ia memberi makna segala-galanya bagi mewakili lencana ini selama bertahun-tahun.
“Walaupun ia bukanlah satu keputusan yang mudah, saya rasa masanya sudah tiba.”
Busquets, yang bermain dalam 718 perlawanan bersama Barcelona, berada di ranking ketiga dalam senarai penampilan terbanyak dan telah merangkul lapan gelaran liga.
Satu lagi hampir pasti menyusul musim ini, selain tiga trofi Liga Juara-Juara (UCL), tujuh Copa del Rey, tujuh Piala Super Sepanyol, tiga Piala Super Eropah dan tiga Piala Dunia Kelab.
Topic Berkaitan
#barcelona
#Sergio Busquets
#perpindahan
#kontrak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan