awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar pulang naik ETS3 ke ibu negara usai lawatan santai ke Johor
[KOLUMNIS] Rakyat Sudan mangsa keadaan
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seri dengan Cadiz lebih sadis berbanding tewas kepada PSG - Koeman

Astro Arena
Astro Arena
22/02/2021
05:28 MYT
Seri dengan Cadiz lebih sadis berbanding tewas kepada PSG - Koeman
Reaksi Ronald Koeman ketika perlawanan Copa del Rey antara Sevilla dan Barcelona FC di Ramon Sanchez Pizjuan, Seville, Sepanyol, 10 Feb, 2021. - Gambar fail REUTERS
RONALD Koeman menyifatkan kegagalan Barcelona mengatasi Cadiz lebih mengecewakan berbanding tewas dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) di tangan Paris Saint-Germain (PSG).
Kekalahan Barca 4-1 di laman sendiri kepada PSG dalam pusingan 16 UCL Rabu lalu diikuti keputusan seri 1-1 dengan Cadiz.
Lionel Messi menyerikan perlawanan ke-506 LaLiga buat kelab dengan jaringan pada minit ke-32, tetapi Alex Fernandez menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti selepas Clement Lenglet menjatuhkan Ruben Sobrino.
Seri bermakna Barca terlepas peluang untuk merapatkan jurang dengan pendahulu liga, Atletico Madrid, yang tewas kepada Levante semalam.
"Ia amat mengecewakan," kata Koeman. "Perlawanan sebegini seharusnya menang tetapi kami gagal.
"Ini adalah peluang terbaik setelah Atletico tewas.
"Kami tidak boleh kehilangan mata, saya tidak berminat untuk menyalahkan mana-mana pemain tetapi kami kurang menyengat ketika menyerang.
5th December: #CadizBarça 2-1 21st February: #BarçaCadiz 1-1 The @Cadiz_CFEN have done it again! #LaLigaSantander pic.twitter.com/3is7s0h1wz
— LaLiga English (@LaLigaEN) February 21, 2021
"Kelebihan kami tidak cukup dan mereka berjaya menyamakan kedudukan, itu yang telah berlaku. Anda telah membuka peluang buat lawan mendapatkan seri.
"Sukar mencipta peluang kerana mereka bertahan dan tidak memberikan ruang. Kami kurang idea ketika menyerang."
Barcelona gagal mengelak daripada dibolosi dalam lapan perlawanan berturut-turut buat pertama kali sejak 2015.
Topic Berkaitan
#Ronald Koeman
#barcelona
#Cadiz
#Paris Saint-Germain
#PSG
#UCL
#Liga Juara-Juara
#Lionel Messi
#Atletico Madrid
#keputusan seri
#kurang menyengat
#sadis
#mengecewakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan