CRYSTAL Palace menandatangani pemain tengah, Jaroslaw Jach, dari Zaglebie Lubin dan pemain itu berharap dapat menggunakan perpindahan ini untuk meningkatkan peluangnya untuk mewakili Poland dalam Piala Dunia Rusia.
Jach menyertai kelab berkenaan semalam dengan bayaran yang tidak didedahkan menerusi kontrak selama tiga tahun setengah di Selhurst Park.
Pemain berusia 23 tahun itu yang membuat penampilan pertama bersama Poland pada November lalu berminat untuk membuktikan keupayaannya dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dan mengukuhkan tempat untuk ke Russia.
"Dalam hidup, saya menetapkan untuk melakukan satu demi satu langkah. Dengan pasukan kebangsaan, langkah seterusnya adalah ke Piala Dunia," katanya kepada Palace TV.
"Sudah tentu, saya datang ke sini untuk berjuang merebut tempat dalam skuad utama dan bermain secara teratur. Saya tahu kelab ini dapat membantu saya ke Piala Dunia di Russia.
"Saya menampilkan aksi yang baik. Begitupun tempat ke Piala Dunia tidak akan diberikan secara percuma dan wujud persaingan sengit dalam pasukan Poland. Hanya dengan persembahan yang baik di Palace sahaja akan membolehkan saya ke Russia.
"Ini impian menjadi kenyataan kerana EPL merupakan liga yang saya ikuti perkembangannya sewaktu saya masih kecil dan saya sentiasa mahu datang dan bermain di sini.
"Saya sangat gembira dan saya harap saya dapat membantu Crystal Palace kekal dalam EPL dan mungkin mencapai kejayaan yang lebih besar."
Astro Arena
Wed Jan 24 2018
JACH: Sudah tentu, saya datang ke sini untuk berjuang merebut tempat dalam skuad utama dan bermain secara teratur. - Foto Astro ARENA
UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Final Jelajah Dunia BWF: Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bergelar naib juara selepas tewas kepada pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong pada final Jelajah Dunia BWF.
Lelaki maut kereta terbalik, jatuh cerun di kawasan perumahan
Seorang lelaki maut, manakala seorang wanita warga emas cedera parah selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan sebelum terbalik dan jatuh ke cerun bukit.
Pindaan perlembagaan PKR: Buka ruang lebih ramai ahli memilih pimpinan tertinggi parti - Fahmi
Pindaan perlembagaan PKR berhubung proses pemilihan parti yang diluluskan hari ini membolehkan lebih ramai ahli daripada pelbagai latar belakang terlibat dalam proses pemilihan kepimpinan tertinggi.
Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy
Saraswathy berkata, ia mencerminkan komitmen PKR dalam memastikan keadilan sosial serta kesaksamaan dalam sistem politik negara.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Untuk Olimpik LA2028, ISN telah diberi sejumlah peruntukan bagi melihat cara untuk memperkasa lagi R&D untuk prestasi atlet.
Keputusan letak jawatan demi perkukuh PN - Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri menafikan peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung PN berpunca daripada keretakan dalam gabungan berkenaan.
Hutang RM1 juta: Mara gesa Che Ta, anak hadir ke pejabat
Mara menggesa pelakon Rozita Che Wan dan anak sulungnya, Ammar Effendy agar hadir di pejabat majlis itu untuk membincangkan mengenai pembayaran hutang hampir RM1 juta.
Gabungan dalam kerajaan kena hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
Prestasi Manchester City kembali 'yoyo'
Haaland mengetuai kebangkitan City apabila menyamakan kedudukan pada minit ke-30 untuk mengikat separuh masa pertama dengan keputusan 1-1.
Liverpool tumbang lagi, Crystal Palace terbang tinggi di Anfield
Pada Ahad, gol minit ke-14 Eberechi Eze menyaksikan Liverpool sekali lagi direbahkan The Eagles asuhan Oliver Glasner di Anfield.
EPL: Roy Hodgson dalam keadaan stabil selepas dikejarkan ke hospital
Pengendali berusia 76 tahun berkenaan sepatutnya menghadiri sidang media menjelang aksi menentang Everton awal pagi Selasa.
Welbeck bantu Brighton ikat Palace
Welbeck meledak menuju 10 minit ke penghujung perlawanan dalam yang berlangsung di Selhurst Park itu.
Ten Hag tiada alasan aksi buruk United
Ia rekod terburuk sejak musim 1989/90 apabila United tewas empat daripada tujuh perlawanan awal liga musim ini.
Penjaga gol Manchester United sertai Crystal Palace
Bayaran perpindahan tidak didedahkan tetapi media Britain melaporkan bahawa Palace akan membayar United 20 juta pound termasuk tambahan.
Crystal Palace ambil keputusan pecat Vieira
Palace berkata, pencarian pengganti Vieira telah bermula dan kemas kini akan diberikan 'dalam masa terdekat'.
Manchester United, Crystal Palace didenda
Kontroversi tercetus selepas Casemiro dilayangkan kad merah kerana mengasari Will Hughes apabila kedua-dua pasukan bertelagah.
Hatrik Haaland lengkap kebangkitan Man City
Anak buah Pep Guardiola ketinggalan dua gol buat kali keempat dalam enam perlawanan EPL, tetapi bangkit untuk menewaskan Palace.
Darwin Nunez janji tidak ulangi sikap baran
Pemain berusia 23 tahun itu akan terlepas pertembungan getir Liverpool dengan Manchester United di Old Trafford Selasa depan.