awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elon Musk cipta rekod baharu dengan nilai kekayaan AS$852.5 bilion
Sembilan ekar Hutan Simpan Kuala Langat masih terbakar - JBPM Selangor
Nilai transaksi SARA cecah RM4.8 bilion sepanjang 2025 - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Welbeck bantu Brighton ikat Palace

Sinar Harian
Sinar Harian
22/12/2023
03:10 MYT
Welbeck bantu Brighton ikat Palace
Pemain Crystal Palace Jean-Philippe Mateta beraksi bersama pemain Brighton & Hove Albion Facundo Buonanotte dan Welbeck ketika perlawanan EPL yang berlangsung di Selhurst Park, London, Britain, 21 Dis 2023. - REUTERS
PEMAIN gantian, Danny Welbeck menjadi penyelamat apabila membantu Brighton bangkit daripada ketinggalan untuk mengikat Crystal Palace 1-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi Jumaat.
Welbeck meledak menuju 10 minit ke penghujung perlawanan dalam yang berlangsung di Selhurst Park itu.
Dalam aksi itu, Palace terlebih dahulu di depan menerusi jaringan Jordan Ayew pada masa kecederaan separuh masa pertama, namun pelawat bangkit untuk kedua-dua pasukan berpuas hati meraih satu mata.
Selepas ketinggalan, Brighton kembali mempamerkan permainan lebih kemas pada babak kedua apabila pengurus pasukan, Robert De Zerbi membuat beberapa pertukaran termasuk membawa masuk Welbeck dari bangku simpanan.
"Saya fikir kami hilang dua mata. Jika berlaku ia kerana kami melakukan terlalu banyak kesilapan, terutama pada separuh masa pertama.
"Kami beraksi lebih ampuh pada babak kedua dan mendapat peluang untuk menjaringkan gol. Satu mata sudah memadai," kata De Zerbi.
Satu mata melonjakkan Brighton ke tangga kelapan dalam liga, manakala Palace sembilan mata di atas zon penyingkiran di tangga ke-15.
Palace yang dibimbing Roy Hodgson hanya menang satu perlawanan di laman sendiri sepanjang musim, namun bekas pengurus England itu mengakui Brighton berhak sekurang-kurangnya meraih satu mata selepas mendominasi babak kedua.
"Saya tidak boleh nafikan kualiti Brighton pada separuh masa kedua dan mereka berhak mendapat gol itu," kata Hodgson. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#EPL
#Crystal Palace
#Brighton & Hove Albion
#Danny Welbeck
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan