NILAI: Atlet berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom, hanya mahu menikmati kayuhannya meskipun merasakan tekanan sebagai sandaran utama meraih pingat pada temasya Sukan Komanwel Birmingham 2020, bermula 28 Julai hingga 8 Ogos ini.
Pelumba berusia 25 tahun itu berkata setiap kali dirinya menikmati perlumbaan di trek, beliau dapat beraksi dengan baik.
Malah, beliau berkata pengalaman pada penampilan sulung di temasya itu di Gold Coast, Australia, empat tahun lalu, turut mematangkan beliau dalam mengawal situasi bagi mengelak perkara yang boleh menjejaskan peluangnya menaiki podium di Birmingham.
"Saya ada pengalaman di Sukan Komanwel sebelum ini apabila beraksi di pentas final, tekanan itu tinggi dan saya belajar daripada situasi itu juga," katanya ketika ditemui pada sesi latihan skuad berbasikal kebangsaan di Velodrom Nasional Malaysia, di sini, semalam.
Pada penampilan di Gold Coast, Shah Firdaus menduduki tempat keempat pada final acara pecut lelaki selain membantu Malaysia menamatkan final pecut berpasukan di kedudukan kelima di samping turut mengambil bahagian dalam acara keirin dan 1 Kilometer (km) ujian masa.
Shah Firdaus menjadi sandaran utama skuad berbasikal trek kebangsaan di Birmingham selepas jaguh negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang, tidak menyertai temasya sukan kerana masih dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan jantung terbuka, April lepas.
Ketika ditanya mengenai peluang menghadiahkan kilauan pingat, beliau berkata tiada yang mustahil dalam mencapai matlamat tersebut namun mengakui saingan sengit dengan kehadiran pemegang rekod dunia dan perlumba terbaik dunia.
Sementara itu, ketua jurulatih berbasikal trek negara, John Beasley, mengakui situasi agak berbeza tanpa Mohd Azizulhasni, namun menegaskan ketiadaan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu adalah masa untuk semua pelumba terutama Shah Firdaus menyinar.
Jurulatih dari Australia itu menyifatkan Shah Firdaus sebagai salah seorang pelumba keirin terbaik dunia dan akan menghadapi cabaran hebat daripada pelumba utama a seperti Matthew Glaetzer dari Australia dan pemenang gangsa Sukan Olim[pik Tokyo 2020, Jack Carlin, dari Great Britain.
"Sudah tiba masa untuk Shah Firdaus menonjol dan jika dia bersaing mengikut kemampuannya, sudah pasti dia akan berada di podium," katanya.
Skuad berbasikal trek kebangsaan ke Birmingham terdiri daripada tiga atlet lelaki dan wanita dengan kedua-duanya merupakan kombinasi antara pelumba berpengalaman dan baharu.
Tiga pelumba lelaki adalah Shah Firdaus, Muhammad Fadhil Mohd Zonis dan Muhammad Ridwan Sahrom sementara pelumba wanita adalah Anis Amira Rosidi, Nurul Aliana Syafika Azizan dan pelumba muda meningkat naik Nurul Izzah Izzati Mohd Asri.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 04 2022
Shah Firdaus menjalani latihan sebagai persiapan bagi mewakili negara pada Sukan Komanwel 2022 yang dijadualkan berlangsung di Birmingham dari 28 Julai hingga 8 Ogos depan. --fotoBERNAMA
Pihak dikaitkan dalam laporan berkaitan lesen kasino perlu ambil tindakan - PM Anwar
Laporan yang memetik satu sumber itu berkata perbincangan mengenai pemberian lesen itu masih di peringkat awal.
Niaga AWANI: Airasia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.fernandes, bursa Malaysia.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd, firma swasta dengan 35% pegangan milik
Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) telah melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April 2024.
#NiagaAWANI
Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) telah melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April 2024.
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: MOT, KHAZANAH, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB
Jelas Perdana Menteri, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Vincent Tan tak terbabit rundingan lesen kasino Forest City
Berjaya Corp Bhd (BCorp) menafikan laporan yang mengaitkan Pengasasnya, Tan Sri Vincent Tan terbabit dalam rundingan berkaitan lesen kasino di Forest City, Johor.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh susulan operasi BNM
Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh pada Jumaat susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: IHPR meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024 berbanding 0.3 peratus pada Februari 2024, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Tiada kasino akan beroperasi di Johor - Onn Hafiz
Onn Hafiz berkata khabar angin yang tular itu berunsur sabotaj dan berniat jahat untuk mencemar imej Forest City dan Johor secara keseluruhannya.
Niaga AWANI: Nestle Malaysia naikkan harga 22 produknya mulai 1 Julai 2024 hingga 6 peratus
Nestle (Malaysia) Bhd dijadual menaikkan harga bagi 22 produknya mulai 1 Julai, menurut Gabungan Persatuan Peniaga Barangan Pelbagai Malaysia.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: MyIPO mempelopori projek Agriculture 4.0
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) mengumumkan bahawa MyIPO telah dipilih oleh World Intellectural Property Organisation (WIPO) sebagai salah satu negara di Asian Tenggara (ASEAN) untuk mempelopori projek Agriculture 4.0.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Tiga atlet berbasikal trek negara secara tidak rasmi layak ke Olimpik - Amarjit
Tiga atlet berbasikal trek negara diketuai Datuk Mohd Azizulhasni Awang secara tidak rasmi layak ke Sukan Olimpik Paris.
Shah Firdaus, Izzah Izzati layak separuh akhir acara pecut ACC di India
Dua pelumba berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri mara ke separuh akhir acara pecut ACC 2024.
Masa untuk Shah Firdaus keluar daripada bayangan 'Pocket Rocketman'
Norza berkata, selama ini Shah Firdaus seakan berada dalam bayangan Azizulhasni yang sudah pun membuktikan kecemerlangannya di pentas antarabangsa.
Peluang Shah Firdaus untuk menyinar - Mohd Azizulhasni
Sukan Asia Hangzhou 2022 menjadi pentas terbaik buat pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom menampilkan potensinya.
Shah Firdaus, Sivasangari pembawa Jalur Gemilang di Sukan Asia
Pelumba berbasikal trek Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan jaguh skuasy S. Sivasangari, dipilih sebagai pembawa Jalur Gemilang untuk Sukan Asia Hangzhou 2022, di China bermula 23 Sept hingga 8 Okt ini.
Bakat terpendam Muhammad Shah
Pelumba ini mempunyai bakat terpendam iaitu bukan saja mahir bermain gitar, malah turut mempunyai lontaran suara yang sedap didengar.
Shah Firdaus raih perak keirin di Kaherah
Jaguh berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom merangkul pingat perak acara keirin lelaki di Kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Kaherah, Mesir semalam (
Muhammad Shah tumpu kejohanan dunia, sasar final keirin
"Saya berlumba di peringkat antarabangsa sudah sekian lama, dan ini kejohanan dunia keempat saya, jadi harap dapat sesuatu yang positif kali ini."
Johor tumpang gembira, ganjaran RM10,000 menanti Aniq, RM6,000 buat Shah Firdaus - MB
Kejayaan Aniq Kasdan dan Shah Firdaus harumkan nama negara dan negeri.
Sukan Komanwel: Shah Firdaus raih gangsa keirin
Penantian pelumba berbasikal trek negara selama lapan tahun untuk menang pingat acara keirin pada temasya Sukan Komanwel berakhir.