awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Shahrul Saad mahu slot kesebelasan utama

Astro Arena
Astro Arena
07/10/2016
10:17 MYT
Shahrul Saad mahu slot kesebelasan utama
Shahrul turut menyuarakan kesediaan berganding dengan mana-mana pemain selaku pertahanan tengah. - Gambar fail
TONGGAK pertahanan negara, Shahrul Saad, mahu menggunakan aksi persahabatan berdepan Singapura malam ini sebagai peluang untuk mengukuhkan kedudukannya dalam kesebelasan skuad negara.
Pertahanan berusia 23 tahun ini bertekad mahu membalas kepercayaan pengendali negara, Datuk Ong Kim Swee, terhadapnya dalam perebutan tempat ke Piala Suzuki AFF bulan depan.
Sebelum ini, Shahrul lebih kerap digunakan selaku pemain gantian.
Namun, Kim Swee dijangka menggunakan pertahanan Perak ini dalam kesebelasan utama berdepan Singapura.
"Ini merupakan pentas yang mana pemain perlu ambil peluang untuk mengesahkan tempat dalam kesebelasan utama.
"Saya rasa kalau saya mendapat peluang itu, saya akan berikan yang terbaik," katanya.
Shahrul turut menyuarakan kesediaan berganding dengan mana-mana pemain selaku pertahanan tengah.
Khairul Helmi Johari dan Abdul Latif Suhaimi adalah anatara calon pemain yang mungkin bergandingan dengannya.
"Jika saya diturunkan, ini kali pertama saya digandingkan dengan mana-mana pemain.
"Bagaimanapun, saya tidak ada masalah komunikasi dengan mereka kerana kami sering berkomunikasi di atas padang. Mereka juga memberi sokongan kepada saya," tambahnya.
Topic Berkaitan
#berita bola sepak
#Harimau Malaysia
#Ong Kim Swee
#Shahrul Saad
#skuad bola sepak negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan