awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Letupan di masjid di Syria ragut 8 nyawa, 18 cedera
Gandingan AI, literasi media sosial penting bina ekosistem maklumat selamat - Fahmi
Dua maut, empat cedera dalam kemalangan tiga kenderaan di Lebuhraya Senai-Desaru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SIC buka pendaftaran dalam talian MiniGP musim kedua

Bernama
Bernama
13/03/2021
20:44 MYT
SIC buka pendaftaran dalam talian MiniGP musim kedua
Kejohanan itu menawarkan pengalaman untuk menjadikan pelumba muda lebih berdaya saing. - Foto Facebook/@SIC Minigp Championship
KUALA LUMPUR: Kejayaan pelumba cilik dari Terengganu, Muhammad Hakim Danish Ramli menempah slot beraksi di Kejohanan Idemitsu Asia Talent Cup 2021, selepas menjuarai Kejohanan Permotoran SIC MiniGP musim pertama, diharap dapat menarik perhatian lebih ramai pelumba muda beraksi pada musim kedua saingan itu.
Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Azhan Shafriman Hanif berharap, penganjuran edisi kedua yang membuka pendaftaran secara dalam talian, bermula 12 hingga 25 Mac ini, akan mendapat sambutan menggalakkan, sekali gus dapat mencipta bakat baharu sukan permotoran negara.
"Setiap tahun pasti akan ada penambahbaikan, kita ingin menunjukkan program akar umbi ini boleh pergi jauh, antaranya dari segi latihan di dalam dan luar litar, dari aspek penjagaan makanan dan yang paling penting, adaptasi mereka terhadap jentera lumba serta persediaan mental yang bagus.
"Dari segi komunikasi juga kami akan melatih pelumba-pelumba baharu ini supaya lebih bersedia apabila mereka berhadapan dengan kamera." katanya kepada Bernama.
Beliau berkata kejohanan itu menawarkan pengalaman untuk menjadikan pelumba muda lebih berdaya saing selain sebagai persediaan mental serta fizikal dalam meniti perjalanan menjadi seorang pelumba dengan corak pemikiran berkelas dunia.
Pada saingan musim lepas, seramai 25 pelumba cilik layak ke sesi pemilihan dan 24 pelumba dipilih beraksi pada kejohanan itu.
Edisi lepas menyaksikan Muhammad Hakim muncul juara keseluruhan kategori 160 cc selepas mengumpul 200 mata daripada empat pusingan perlumbaan musim itu
SIC MiniGP merupakan satu inisiatif program akar umbi melibatkan kerjasama di antara SIC dan ZK Racing bagi mencungkil bakat pelumba muda berusia lapan hingga 13 tahun dalam sukan permotoran, sebelum melangkah ke saingan lebih kompetitif seperti Kejohanan Idemitsu Asia Talent Cup.
Setakat ini, SIC belum menetapkan tarikh sebenar kejohanan tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kejohanan Permotoran SIC MiniGP
#MiniGP
#SIC
#pendaftaran dibuka
#pelumba cilik
#terengganu
#Muhammad Hakim Danish Ramli
#Idemitsu Asia Talent Cup 2021
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan